Jangan terlalu yakin bahawa anda sudah
kenal seorang lelaki, teman elaki dan suami anda kerana mungkin ada
aspek diri mereka yang tidak anda ketahui. Fakta-fakta berikut merupakan
sebahagian daripada aspek dan kualiti seorang lelaki. Ada yang mengikut
kajian, ada juga yang merupakan pandangan mereka melalui pengalaman
sendiri.
1. Seorang lelaki yang melontarkan
kata-kata maaf kepada seorang wanita boleh meningkatkan kesihatannya
terutamanya jantung dan mampu memanjangkan jangka hayat lelaki. Tapi
jika perempuan pun suka marah-marah, lelaki boleh cepat kena sakit
jantung. Hehe.
2. Ramai lelaki mengakui memahami
pasangan mereka luar dan dalam tetapi sebenarnya mereka tak kisahpun
atau tak pernah ambil tahu saiz baju pasangan, minyak wangi kegemaran,
bunga kegemaran, dan kadang-kadang tarikh lahir atau anniversary pun tak
tahu. Perkara macam ni memang kebanyakkan lelaki ambil mudah saja.
3. Tinjauan mendapat 1 dari 10 lelaki
tidak mengetahui tarikh lahir isteri mereka. malah 1/3 lelaki langsung
tak mengetahui jenis pewangi kegemaran isteri. Kajian ini telah
dilakukan terhadap 2000 lelaki oleh kedai The Perfume Shop.
4. 27% lelaki membelikan isteri/pasangan
mereka pakaian dan pakaian dalam tetapi saiznya salah.. Dan yang lebih
teruk, 1/3 dari pasangan ini sampai bergaduh disebabkan salah beli
pewangi! LOL
5. Sebanyak 61% lelaki yang ditanya
mengakui majoriti dari mereka langsung tidak ingat butiran penting
mengenai isteri/pasangan mereka walaupun ia mungkin perkara kecil. Jadi
tak hairan lah kalau lebih 50% wanita berpendapat lelaki perlu letakkan
usaha lebih lagi untuk mengetahui segala-galanya mengenai pasangan
mereka.
6. 80% lelaki percaya wanita akan
mengetahui segala-galanya mengenai pasangan mereka daripada warna mata
hingga jenama losen dan bedak yang lelaki gunakan. Kebanyakkan lelaki
expect wanita mengetahui segala-galanya tentang mereka tetapi tidak
sebaliknya kerana menganggap wanita lebih perlu sensitif terhadap
keperluan lelaki.
7. Menurut kajian juga, walaupun
majoriti lelaki tahu pewangi yang digunakan pasangan/isteri mereka,
sebanyak 22% lelaki membeli jenama pewangi yang SALAH sebagai hadiah.
8. Lelaki yang masih ada teruna biasanya
lebih pemalu bila berhadapan dengan wanita tetapi tidak bagi yang tiada
teruna. Dan si teruna juga biasanya sanggup menghabiskan wang ringgit
dan masa untuk memikat gadis idamannya. Kiranya macam naif lah ni. Haha.
9. Pergaulan antara lelaki dan perempuan
membuatkan keupayaan untuk belajar/memahami lelaki akan menjadi
kurang. Melihat pada suasana pergaulan lelaki dan perempuan dalam
masyarakat kita bermula seawal dari zaman persekolahan, kira tak
hairanlah kenapa wanita menguasai lelaki di dalam bidang pembelajaran.
Lagipun lelaki ni lebih suka perkara yang praktikal daripada membaca
buku saja.
10. Menurut kajian juga, apabila lelaki
melihat perempuan cantik dan menarik, keupayaan lelaki untuk membuat
pilihan bijak untuk kebaikan masa depan mereka akan BERKURANG. Haha.
Lelaki akan memilih ganjaran masa kini berbanding ganjaran masa depan.
11.Seorang lelaki itu mungkin ada sikap
playboy, tetapi selalunya sebelum tidur mereka akan selalu fikir
mengenai seseorang yang dia suka dan sayang. Hehe. Sweet.
12. Lelaki biasanya berusaha keras untuk
mendapatkan gadis yang telah menolak mereka, dan ini membuat ia lebih
sukar bagi mereka untuk menerima kekalahan mereka.
13. Berhati-hati kerana ada lelaki yang menyampaikan gossip dan khabar angin lebih cepat dari wanita.
14. Jika seorang lelaki memberitahu anda
tentang masalah mereka , dia hanya memerlukan seseorang untuk mendengar
masalahnya saja. Anda tidak perlu memberi nasihat kerana kadangkala dia
hanya tidak mahu berseorangan menghadapi masalah.
15. Fantasi seorang lelaki tiada hadnya. Jadi lelaki yang suka berfantasi awek cun, makwe lawa, tu normal lah.
16. Tak semua lelaki mudah untuk membuat
keputusan. Jadi kalau ada perkara yang memerlukan jawapan atau
keputusan muktamad, sebagai pasangan mereka, bantu mereka ya.
17. Seorang lelaki dengan serta-merta
boleh tahu jika seorang perempuan suka dia tetapi tidak dapat memastikan
kecuali gadis itu memberitahu dia.
18. Lelaki benar-benar fikir bahawa
perempuan adalah pelik dan sukar difahami, dan mempunyai keputusan yang
tidak menentu tetapi masih menyayangi pasangan mereka.
19. Kadang-kadang apabila wanita
membebel, lelaki lebih suka diam diri dan relaks. Bukannya mereka ambil
remeh, tetapi tak mahu tambah bara dalam hati wanita. Dan apabila ada
masalah timbul, biasanya lelaki lebih diam dan cool serta memikirkan
jalan penyelesaian.
20. Apabila anda menangkap
suami/pasangan adan menipu pada anda dan dia meminta peluang kedua,
berikan peluang itu kepadanya. Tetapi apabila anda menangkap dia lagi
dan dia meminta peluang sekali lagi, abaikan dia dan tinggalkan dia.
21. Percayalah, pasangan anda mencintai anda lebih daripada anda menyayangi mereka JIKA mereka serius dalam perhubungan. ;)
20. Seorang lelaki baisanya akan sukakan
permainan video dan bola sepak, sama seperti wanita yang suka
bershopping dan mekap serta pakaian cantik! Kan compliment each other
tu. :p
21. Kebanyakkan lelaki sukakan wanita
yang mempunyai ciri-ciri seperti ibu mereka. Jadi pandai masak dan bakar
kek tu satu advantage. Selalulah masak makanan kegemaran pasangan anda,
dan kalau tak tahu masak tu, sila belajar.
22. Wanita perlu menjaga kebersihan diri
kerana itu yang disukai suami dan pasangan anda. Kena selalu wangi dan
pandai jaga penampilan diri. Sekarang pun dah banyak tips dan cara
penjagaan diri di internet dan buku, semua dihujung jari! :)
23. Kebanyakkan lelaki yang TERLALU
menjaga penampilan diri, biasanya tak tahu buat kerja-kerja rumah
seperti bertukang, betulkan paip dan kemas rumah. Jaga-jaga.
24. Anda boleh memberitahu jika seorang
lelaki benar-benar sakit atau dalam kesakitan apabila dia menangis di
hadapan anda! Kalau anda bergaduh dengan pasangan anda dan dia menangis
kerana anda, hargailah airmata itu kerana lelaki sukar mengalirkan air
mata. Tapi ada juga lelaki yang pandai bersandiwara dengan airmata.
25. Last but not least, kebanyakkan
lelaki memang pernah lihat video porno atau lucah. Ada tu yang suka
tengok on daily basis. Ini bukan perkara pelik. Ini normal bagi seorang
lelaki. :)
by sue aida
0 comments :
Post a Comment