Kijang merupakan sejenis haiwan yang bertaring,ramai yang tidak mengetahuinya..
KIJANG
Kijang,di dalam bahasa Inggeris ia dikenali sebagai Common Barking Deer.Kijang berasal dari keluarga "Moschidae" yang telah hidup sejak zaman primitif.Nama saintifik bagi kijang pula adalah Muntiacus Muntjac.
Kijang India adalah spesies kijang yang paling luas taburannya. Ia mempunyai bulu lembut, pendek, keperangan atau kelabu, kadang kala dengan tanda (creamy). Spesies ini memakan buah, pucuk, biji buah, telur burung termasuk haiwan kecil dan juga bangkai kecil. Ia menghasilkan bunyi menyerupai menyalak terutama apabila mengesan pemangsa
Kijang jantan mempunyai tanduk kecil yang mencapai kepanjangan 15 cm dan hanya 1 cabang. Ia tumbuh dari tunggul bertulang di kepala. Kijang jantan mempertahankan kawasannya dan ia amat garang berbanding saiznya. Ia akan berjuang sesama sendiri bagi mengawal wilayahnya dengan menggunakan tanduk atau lebih merbahaya lagi dengan mengunakan gigi taring atas seperti gading,ia mampu mempertahankan diri mereka dari pemangsa seperti anjing liar dan harimau.
KASTURI DARIPADA KIJANG JANTAN
Setelah sekian lama,zaman berganti zaman dan kehidupan masyarakat bertukar ganti, rahsia kehebatan haruman kasturi terus diperkatakan sehingga kini hinggakan apa sahaja yang berbau harum dikaitkan dengannya.
Ungkapan 'seharum kasturi' juga mudah ditemui dalam bait puisi turun-temurun, lirik lagu cinta, bicara romantis dan juga hadis-hadis seperti..
Sabda nabi S.A.W:"belajarlah Al-Quran serta bacalah kerana perumpamaan Al-Quran bagi orang yang mahu belajar,membaca dan melaksanakannya adalah seperti 1 bekas yang dipenuhi dengan wangian kasturi yang baunya menyebar pada setiap tempat.Dan perumpamaan orang yang mahu memperlajarinya dan ia lupa(mengamalkannya),maka di hatinya seperti ada 1 bekas wangian kasturi yang masih tertutup."(Riwayat at-Tarmizi)
Namun, sejauh manakah kita mengetahui dari mana datangnya bahan yang istimewa ini?
Bagi yang kurang mengetahui,kasturi disangkakan ekstrak pati bunga, buah-buahan atau kulit kayu, sebagai mana dalam industri pembuatan minyak wangi.
Sebenarnya, istilah kasturi merujuk kepada kandungan yang terdapat dalam bintil kelenjar kijang jantan (gland or pod) .Kasturi kebanyakannya diperolehi daripada kijang yang terdapat di pergunungan Himalaya,di Wilayah Tonkin di China,Assam di India,Nepal dan Rusia.
Pada awal abad ke 19,nilai 1kg kasturi kering yang berasal dari Wilayah Tonkin bersamaan dengan harga 2kg emas. Sangat mahal kerana sukar untuk didapati.Sebagai contoh,untuk mendapatkan 1kg kasturi,kita memerlukan 30 hingga ke 50 ekor kijang jantan yang mempunyai bintil kasturi tersebut.Jika kita mahukan kasturi dari gred terbaik untuk tujuan komersial dan perubatan pula,untuk mendapatkan 700kg kasturi,kita memerlukan lebih kurang 100ribu ekor kijang jantan yang mempunyai bintil kasturi tersebut.
Ini adalah rupa kelenjar bintil kijang setelah diambil dari pusat badan kijang jantan.
Pada hari ini,disebabkan spesies kijang yang menghasilkan kasturi agak sukar ditemui, saintis Cina beralih kepada sains dan teknologi untuk mengembangkan potensi perubatan.Ia dilakukan dengan penternakan artifisial mamalia tersebut seterusnya mengekstrak bintil kasturi tanpa perlu membunuh kijang. Pengambilan bintil kelenjar itu secara berjadual menggalakkan penghasilan kasturi sekali gus mendorong upaya reproduksinya.
Bintil kasturi kerap ditemui di bahagian antara perut dan genital,namun kasturi juga bukan janggal jika ia tumbuh di bahagian-bahagian lain haiwan tersebut, seperti di leher, badan atas dan juga kepala.Bulu pada bintik kasturi dikatakan terus tumbuh biarpun setelah terasing dari kijangnya.
Apabila tertanggal atau dipotong dari tubuh kijang tersebut, bintil kasturi yang mengering membuatkan kandungan berwarna merah keperangan berubah menjadi hitam dan keras.
Jika ditekan kuat atau diketuk, butiran kecil akan terkeluar darinya dan bahan itulah yang dicampur bersama minyak atau ekstrak wangian beralkohol.
Sejak ratusan tahun lalu, ia digunakan dalam pembuatan wangi-wangian. Kasturi juga bertindak sebagai agen penyebar haruman selain dipercayai menjadikan bau haruman lebih tahan lama.
Pendek kata, ia merupakan produk haiwan yang paling berharga dan yang paling popular adalah kasturi kijang jantan yang hidup di pergunungan Himalaya.
Harga kasturi di kawasan asal ia ditemukan sangat mahal mengikut kualiti gred dan keasliannya. Ia boleh mencapai harga sehingga ribuan ringgit sebiji. Beberapa gram butiran kasturi sahaja sudah mencapai harga ratusan ringgit.
Kasturi banyak dimanfaatkan dalam pembuatan minyak wangi kerana ia menguat dan memanjangkan hayat haruman.
Adakah kasturi sah dibawa bersolat kerana ia berasal dari haiwan?
Dianjurkan pertanyaan ini kepada Mufti Johor, Datuk Noh Gadot berkata, kekeliruan mengenai hukum sah dibawa sembahyang ini terjadi memandangkan kasturi berasal dari haiwan.
Selain faktor itu, bintil kelenjar ini juga 'dipisahkan' dari tubuh haiwan tersebut ketika ia masih hidup, atau tidak disembelih.
"Sama seperti bulu kambing (yang telah dibersihkan) digunakan sebagai alas atau dijadikan sebahagian daripada pakaian ketika bersembahyang, begitulah juga dengan kasturi.
"Hakikatnya, ia adalah entiti yang wujud secara sendiri pada tubuh haiwan itu. Oleh kerana sifatnya yang bersih, kasturi tidak melanggar syarat sah solat bagi seseorang yang memakai harumannya," jelas Datuk Noh Gadot.
Kasturi merupakan wangian yang terbaik di dunia,kehebatan haruman kasturi telah diperkatakan sejak zaman berzaman,Kita biasa mendengar,apa sahaja yang berbau wangi akan dikatakan seharum kasturi,ia mudah ditemui pada bait-baik puisi,kisah-kisah romantis,lagu-lagu,epik-epik cinta dan hadis-hadis Nabi Muhammad SAW sendiri.
Nabi Muhammad SAW bersabda “Sebaik-baik harum-haruman (buat kamu) ialah misk/kasturi.” (Shahih riwayat Ahmad, Muslim, Abu Dawud, Nasa’i dari jalan Abu Said al Khudriy).
Namun apakah rahsia,khasiat dan keistimewaan yang terkandung di dalam haruman kasturi sehingga baginda bersabda sedemikian?
Dari manakah asalnya kasturi ini?
Terdapat beberapa riwayat yang jelas tentang perkaitan antara wangi-wangian itu dengan nikmat di syurga. Iman Ibnu Qayyim rah pernah menulis,"Sesungguhnya Allah swt telah memperlihatkan kepada para hambaNya di dunia ini akan beberapa kesan yang berupa ciri-ciri syurga, Sebagai contohnya bau-bauan yang wangi dan sedap, kedinginan, pemandangan yang indah, buah-buahan yang baik-baik, segala nikmat kesukaan dan kesenangan."
ABU Hurairah berkata: "Ya Rasulullah SAW,daripada apakah dibuat syurga itu? Jawab Baginda: "Daripada air." Kami bertanya: "Beritakan mengenai bangunan syurga!" Jawab Rasulullah bermaksud: "satu bata daripada emas dan satu bata lagi daripada perak dan lantainya kasturi yang semerbak harum, tanahnya dari zafaran, kerikilnya mutiara dan vakut. (Hadis riwayat Al-Bazzar).
Dalam sebuah hadis lain diceritakan bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud:
"Tanah syurga itu licin putih, kasturi murni." (Hadis riwayat Muslim).
Harumnya bau syurga ini dapat dicium dari jarak perjalanan 100 tahun.
Bagaimanakah haruman kasturi ini sampai ke dunia?
Mengikut rujukan pengarang Kitab Iq Al-Alqaa dan juga Kitab Jaami Karaamat Al-Aliyaa, sesungguhnya ketika Nabi Adam A.S diturunkan ke bumi,baginda telah diziarahi oleh seekor kijang betina,lalu Nabi Adam A.S telah menghadiahkan kijang tersebut secebis daun dari syurga,dengan izin Allah SWT menjadikan kijang itu berbau harum seharum kasturi.
Pada hari ini,keturunan/nasab kijang tersebut telah menghasilkan wangian kasturi yang tumbuh di bahagian bawah perut kijang jantan dipanggil bintil kasturi (musk deer gland/pods).
manusia memproses kasturi tersebut untuk dijadikan minyak wangi dan ubat-ubatan.
Kasturi daripada Kijang merupakan hasil daripada haiwan yang paling mahal di dunia.
Khasiat Memakai Haruman Kasturi
Kajian mengenai khasiat haruman kasturi telah dilakukan sejak zaman berzaman.Abu Yusuf Ya'quq ibn Ishaq Al Kindi atau lebih dikenali di seluruh dunia sebagai Al-Kindi merupakan antara tokoh-tokoh falsafah Islam terbilang yang telah mengkaji dan menggunakan kasturi didalam kajiannya mengenai kimia dan haruman.Beliau telah menghasilkan sebuah kitab mengenai haruman yang diberi nama Kitab Kimiya al'Itr (Book Of the Chemistry of the Perfume)
Berdasarkan kajian yang dibuat oleh ilmuwan Islam terutamanya Imam Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah R.A. dan ahli-ahli perubatan Islam yang lain,kasturi didapati mempunyai terlalu banyak khasiat dan keistimewaan,antaranya:
1) Memberi kekuatan pada roh
Haruman adalah santapan roh, manakala kasturi merupakan sebaik-baik haruman sebagaimana sabda Nabi SAW: “Sebaik-baik wangian adalah minyak kasturi” (Hadis Riwayat Muslim).
2) Memberi Ketenangkan Jiwa
3) Mencerdaskan akal dan menyihatkan otak
4) Menghilangkan ketakutan dan kebimbangan
5) Menghilangkan debaran jantung
6) Menghilangkan Sesak Nafas
7) Melegakan Lelah (Asma)
8] Mampu menyedarkan orang yang pengsan
9) Memperkuatkan organ luaran tubuh
10) Memperkuatkan organ dalaman tubuh
11) Menghilangkan rasa gementar
12) Menghilangkan sejuk tubuh
13) Membuang angin yang berlebihan dalam tubuh
14) Menawarkan racun atau bisa-bisa binatang
15) Menghilangkan kesakitan sewaktu kencing
16) menjernihkan mata putih pada mata
17) Berfungsi memelihara kesihatan secara keseluruhan
18] Mencegah wabak penyakit
19) Melanjutkan usia
20) Menguatkan tubuh badan.
Menurut Imam Syafie R.A. bahawa antara perkara yang dapat menguatkan badan jasmani ialah dengan mencium bau-bauan yang harum (seperti kasturi).
Dalam bidang perubatan tradisional Cina, kasturi dipercayai mampu
1) Mengembalikan kesedaran seseorang yang pitam atau pengsan
2) Melancarkan peredaran darah
3) Merangsang penyingkiran darah haid
4) Mengurangkan kesan bengkak dan meredakan kesakitan
Kasturi diangkat sebagai penawar ajaib di kalangan masyarakat konvensional di Nepal, Pakistan, Siberia dan Mongolia.
Di India pula, penggunaan kasturi telah lama diserap dalam kaedah perubatan Ayurveda. Kononnya, ia mampu meredakan penyakit asma, ekzema, demam, sakit kepala dan ulser.
Di negara-negara barat,penggunaan kasturi lebih kepada penghasilan wangi-wangian kerana mereka sedar bahawa haruman daripada kasturi mempunyai keistimewaan dan nilai terapi yang tersendiri.Harga minyak kasturi juga amat mahal di sana berbanding di negara asia.
PENGGUNAAN MINYAK WANGI DALAM RAWATAN
Di dalam kitab perubatan Islam berbahasa arab; “al Minhajul Qurani lii’laji as Sihri wal massi as Syaithani” karya Sheikh Usamah Muhammad al Audi, Mesir menyatakan satu teknik perubatan menggunakan teknik penggunaan minyak wangi:
“Kebanyakan jin benci kepada bau yang wangi kerana jin sangat menyukai bau yang busuk. Bau yang busuk sangat ‘menyegarkan’ jiwa dan secocok dengan naluri kejiinnan mereka.
Oleh itu teknik yang amat praktikal ini sangat mujarab untuk semua jenis gangguan terutamanya gangguan jin ‘asyiq’. Jin asyiq adalah jin yang berdamping dengan seseorang kerana jatuh cinta dengan manusia tersebut bahkan ada yang mendakwa telah berkahwin dengan pesakit.
Kaedah Penggunaan Kasturi Kijang
Bagi mendapatkan keberkesanan kasturi kijang yang telah dibacakan ayat Al Quran dan doa syifa' ini maka perlulah secara adabnya digunakan dengan bertertib. Berikut adalah beberapa panduan untuk pengguna kasturi kijang bagi membantu menyelesaikan permasalahan yang dihadapi.
Perubatan Kasturi Kijang untuk masalah dalaman wanita:
1. Keputihan
2. Kegatalan
3. Senggugut
4. Berbau
Kaedah:
1. Mulakan dengan bismillah
2. Baca Al Fatihah 1X, Selawat - 3X
3. Sapu kasturi kijang pada jari telunjuk. Ratakan
4. Sapukan dalam faraj 7 malam berturut-turut
(Agak sedikit pedih kerana minyak kasturi kijang bersifat panas)
Minyak Kasturi Kijang untuk masalah:
1. Histeria
2. Kena Sampuk
3. Gangguan Jin
Kaedah:
1. Baca Bismillah, Fatihah dan Selawat
2. Sapu pada lidah dan hidung
3. Titis 3 titik pada air dan minum (Mungkin MUNTAH)
InsyaAllah.
Kasturi Kijang untuk:
1. Sawan Tangis
2. Sawan Malam/Terkejut-terkejut
Tanda:
- Telinga/Tangan/kakii Sejuk
- Menangis airmata tak keluar
- Bayi sentiasa nak berdukung/melekat di badan
Penggunaan:
1. Baca bismillah dan selawat
2. Sapu pada kening, belakang telinga, ubun-ubun, dan tapak kaki
(peringatan: untuk bayi hanya disapu sedikit sahaja minyak kasturi kijang ini)
Kasturi Kijang untuk masalah berikut:
1. Sesak nafas
2. Dada berdebar-debar
3. Rasa Seram Sejuk
4. Batuk
5. Lelah
6.Sakit Jantung
Kaedah:
1. Mulakan dengan bacaan Bismillah dan Selawat
2. Sapu pada dada dan leher
3. Sapu SEDIKIT SAHAJA pada lidah
Untuk masalah seperti berikut:
1. Pukau
2. Menghilangkan Gangguan Makhluk Halus
3. Cerdaskan Akal
Cara Penggunaan
1. Mulakan dengan bacaan Bismillah dan Selawat ke atas Nabi s.a.w.
2. Sapu minyak kasturi pada urat nadi.
3. Calit minyat pada kening dan belakang telinga
Untuk masalah:
1. Sihir
2. Santau
Kaedah:
1. Mulakan dengan bismillah
2. Baca Fatihah 3X
3. Baca Selawat 7X
4. Ambil 1 jag besar air mineral/air masak
5. Tuang 5 titik kasturi kijang ke dalam air
6. Bagi pesakit minum SAMPAI MUNTAH
7. Jika muntah berdarah, tolong pantang makan - benda tajam, bisa dan pedas selama 1 minggu
8. Selain darah, mungkin akan muntah benda lain
9. Rawatan muntah - 3 malam berturut-turut
10.Jika muntah berdarah - sambung hingga malam ke 5,, dan ke 7 jika perlu, sehingga bersih
0 comments :
Post a Comment