Hukum Memakai Contact Lens Ketika Puasa atau Solat
| Assalamualaikum, Saya ingin bertanya dan mendapatkan kepastian
tentang penggunaan contact lens (kanta lekap) semasa solat, puasa,
adakah sah ibadatnya? Dan di dalam islam bolehkan seseorang itu
menggunakan contact lens samada menpunyai masalah rabun atau sekadar
pakai suka-suka?
Jawapan:
Ada dua tujuan memakai kanta lekap;
1. Tujuan perubatan; iaitu orang yang
memakainya kerana masalah mata yang dihadapinya, iaitu ia memakainya
sebagai ganti cermin mata. Hukumnya adalah harus dengan syarat tidak
mendatang mudarat kepada mata.
2. Tujuan perhiasan; iaitu memakainya
sekadar suka-suka, bukan kerana keperluan (yakni bukan kerana masalah
mata). Ia masuk dalam hukum perhiasan. Perhiasan diharuskan selagi tidak
melanggar batasan Syara, iaitu;
a) Tidak mendedahkan aurat dan berlaku tabarruj
b) Tidak mendatangkan fitnah iaitu menimbulkan ghairah orang lain –terutamanya wanita- (yakni tidak harus wanita memakai perhiasan yang boleh mendatangkan ghairah atau mencuri perhatian lelaki kepadanya).
c) Tidak mengubah ciptaan Allah.
d) Tidak berupa penipuan atau pemalsuan.
e) Tidak menyerupai perbuatan orang kafir
f) Tidak berlebihan.
g) Tidak memudaratkan
b) Tidak mendatangkan fitnah iaitu menimbulkan ghairah orang lain –terutamanya wanita- (yakni tidak harus wanita memakai perhiasan yang boleh mendatangkan ghairah atau mencuri perhatian lelaki kepadanya).
c) Tidak mengubah ciptaan Allah.
d) Tidak berupa penipuan atau pemalsuan.
e) Tidak menyerupai perbuatan orang kafir
f) Tidak berlebihan.
g) Tidak memudaratkan
Merujuk kepada syarat-syarat di atas,
sebahagian ulamak telah memfatwakan haram memakai contact lens yang
berwarna (yakni mengubah warna mata yang asal) kerana ia mengubah
ciptaan Allah, berupa penipuan/pemalsuan dan meniru perbuatan orang
kafir di samping ia memudaratkan sebagaimana disahkan oleh para doctor
sendiri. Di tambah lagi bagi perempuan, ia boleh menimbulkan fitnah
(iaitu mencuri perhatian lelaki kepadanya).[1]
3. Adapun penggunaan contact lens semada
mengambil wudhuk, solat dan puasa; ia tidak menjejaskan ibadah-ibadah
tersebut kerana bahagian dalam mata tidaklah wajib dibasuh atau
disampaikan air ketika mengambil wudhuk atau ketika mandi (yang wajib
ialah bahagian luar sahaja iaitu kelopak mata). Begitu juga dengan
puasa; menurut ulamak memasukkan sesuatu ke dalam mata tidaklah
membatalkan puasa. Solat pun begitu juga; tidak ada yang akan
menjejaskan solat kerana contact lens.
Wallahu a’lam.
Rujukan;
1. Fatwa Syeikh Abdullah bin Abdurrahman al-Jibrin (http://www.ibn-jebreen.com/).
2. Fatwa Syeikh Mohammad Soleh al-Munajjid (http://islamqa.com/).
3. Fatwa Syeikh Dr Ahmad al-Hija al-Kurdi (http://www.islamic-fatwa.com/)
2. Fatwa Syeikh Mohammad Soleh al-Munajjid (http://islamqa.com/).
3. Fatwa Syeikh Dr Ahmad al-Hija al-Kurdi (http://www.islamic-fatwa.com/)
Nota hujung;
[1] Antara mereka ialah Syeikh Dr.
Abdullah bin Abdurrahman al-Jibrin. (Lihat laman web beliau;
http://www.ibn-jebreen.com/). Ada ulamak mengharuskannya untuk lelaki
sahaja. Adapun wanita, tidak harus melainkan di hadapan suami dan mahram
sahaja. Namun keharusan itu dengan syarat tidak mendatangkan mudarat.
(Lihat; fatwa Syeikh Dr. Dr Ahmad al-Hija al-Kurdi
(http://www.islamic-fatwa.com/)). Mengenai dakwaan mengubah ciptaan
Allah –yang dihujjah oleh ulamak yang mengharamkannya kerana factor
tersebut-, dijawab oleh ulamak ulamak-ulamak yang mengharuskannya; ia
tidaklah dapat dikatakan mengubah ciptaan Allah kerana dapat
ditanggalkan, yakni perubahan yang berlaku pada mata kerana contact lens
itu tidaklah kekal sebagaimana tatu, sebaliknya dapat ditanggalkan.
(Lihat fatwa Syeikh Ibnu ‘Uthaimin;
http://www.denana.com/fatawa/articles.aspx?selected_article_no=1494).
0 comments :
Post a Comment