loading...

Inilah Smartphone Yang Masih Berfungsi Walau Sudah Tenggelam 6 Minggu Di Dasar Laut

Inilah Smartphone Yang Masih Berfungsi Walau Sudah Tenggelam 6 Minggu Di Dasar Laut | Pemain ski air yang berasal dari Gothenburg, Sweden menjumpai semula smartphone Sony Xperia Z2 miliknya setelah hilang di dasar laut selama 6 (enam) minggu. Kisah mengagumkan itu pertama kali tercatit di media tempatan Sweden.
1
Alexander Maxen secara sengaja menjatuhkan telefon miliknya ke dalam laut yang memiliki kedalaman 10 meter. Seperti yang sedia maklum, Xperia Z2 hanya boleh bertahan terendam di dalam air tawar (bukan air laut) dengan kedalaman 1,5 meter selama 30 minit.
Ketika Maxen dan rakan-rakannya sampai di pantai, mereka cuba melakukan panggilan telefon ke telefon itu dan hebatnya telefon itu masih boleh dihubungi. Tetapi, kerana tidak membawa peralatan selam, mereka tidak dapat mengambil telefon itu lalu dibiarkan sahaja telefon tersebut tenggelam.
Enam minggu kemudian, rakan Maxen menyelam di lokasi yang telah berjaya menemui telefon terbabit, dipetik dari Ubergizmo, Rabu (13/8/2014).
Meskipun telah mengalami beberapa kerosakan luaran, seperti panel belakang yang retak dan bateri yang hampir rosak, mereka terkejut ketika melihat lampu indikator bateri masih menyala. Smartphone itu bahkan masih boleh melakukan proses booting dengan sempurna dan mampu melakukan panggilan telefon.
Ini bukan kali pertama smartphone keluaran Sony boleh bertahan di dalam air, setelah terendam melebihi had. Tahun lalu, sebuah Sony Xperia V masih berfungsi dengan baik setelah empat hari terendam di dalam laut.

1 comment :

loading...