loading...

Aneka Petua : Bisul, Terseliuh, Ketuat, Pijar Cili Dan Angin

6 Aneka Petua : Bisul, Terseliuh, Ketuat, Pijar Cili Dan Buang Angin
 
1. Bisul
Untuk mengubati bisul, tumbukkan beberapa tangkai pucuk daun semalu hingga lumat dan kemudian tampalkan pada keliling bisul. Biarkan sehingga kering dan amalkan hingga bisul sembuh.

2. Kaki terseliuh
Jika kaki anda terseliuh, relaks dan jangan panik. Tumbuk kunyit dan panaskan kunyit tu bersama minyak. Sapukan pada tempat yang sakit. Kemudian balutkan dengan kain. InsyaAllah sakit berdenyut-denyut terseliuh itu akan hilang :)

3. Bayi sukar buang air besar
Adakalanya bayi sukar buang air besar. Cuba kaedah tradisional ini dimana anda boleh menggunakan beberapa helai daun keledek. Ramas dan ambil lendir daun keledek tersebut dan kemudian sapukan pada perut bayi. Biarkan ia kering dan lakukan proses itu dua hingga tiga kali sehari.

4. Ketuat kaki
Sapukan sedikit kapur masak pada bahagian yang ditumbuhi ketuat dan kemudian biarkan ia kering hingga ketuat tadi tanggal dengan sendirinya. Anda tidak akan rasa sakit pedih dan parut pun tiada.

5. Buang angin
Bagi mereka yang selalu ada angin dalam badan, rebuskan buah mata kucing bersama halia dan guna melaka ( kalau tak ada gula melaka, gula biasa pun ok ). Minum air tersebut bila sudah suam. Lebih elok air itu diminum selepas makan nasi.

6. Pijar cili
Rasa pijar selalunya terasa bila kita pegang cili pagi. Jadi kalau mahu hilangkan rasa pijar tu, ambil seuncang teh yang belum digunakan dan rendam dalam air berais sebentar. Kemudian tekapkan pada bahagian yang terasa pijar tadi. Rendam berulang kali agar uncang the itu dan letakkan pada bahagian pijar hilang pijar itu hilang.

by AIDA SUE

0 comments :

Post a Comment

loading...