Ekspedisi Greenland-Malaysia 2014: Penemuan Bukti Ikan Duyung Misteri
| Ikan duyung selama ini dianggap sebagai cerita dongeng untuk
kanak-kanak atau sekadar lagenda terutama di Eropah. Namun, sejak dua
tahun lalu, dunia barat kecoh dari semasa ke semasa bahawa spesis itu
mungkin wujud di pantai Eropah dan Greenland serta bukan sekadar hidupan
imiginasi.
Semuanya bermula gara-gara dokumentari
oleh Animal Planet pada Mei 2012 bertajuk “Mermaids: The Body Found”.
Dokumentari itu menarik 3.6 juta penonton, tertinggi dalam sejarah
rangkaian Animal Planet. Kemudian, pada Mei lalu, rangkaian itu muncul
pula dengan sambungan “Mermaids: The New Evidence”. Eropah dan dunia
barat yang lain kecoh selepas kemunculan dokumentari pertama dan kedua
itu.
Keyakinan masyarakat barat terhadap
kewujudan ikan duyung menjadi begitu keterlaluan sehingga Jabatan
Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Kebangsaan Amerika Syarikat terpaksa
mengeluarkan kenyataan menafikan kewujudan haiwan tersebut.
Ini berikutan badan berkenaan menerima
terlalu banyak surat dan pertanyaan yang meminta jabatan itu
mengeluarkan lebih banyak bukti berhubung kewujudan haiwan berkenaan.
Dokumentari itu sendiri dianggap sebagai penipuan oleh sesetangah pihak.
Namun penafian tersebut tidak diterima
sebahagian pihak lain terutama apabila video kedua itu turut memuatkan
kehadiran seorang bekas pegawai daripada Jabatan Pentadbiran Lautan dan
Atmosfera Kebangsaan Amerika Syarikat.
Melalui dokumentari “Mermaids: The New
Evidence”, bukti terbaru mengenai kewujudan ikan duyung diperoleh pada 6
Mac lepas di perairan Greenland pada kedalaman 3000 kaki di bawah paras
laut.
Dua orang saintis yang menaiki sebuah
kapal selam menemui spesis itu apabila ia berenang berhampiran kapal
selam mereka dan bertindak menyentuh cermin kapal itu. Ketika itu salah
seorang daripada mereka yang berada di dalam kapal selam itu ialah Bekas
Pakar Biologi Marin Jabatan Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Kebangsaan
Amerika Syarikat, Dr Paul Robertson.
Video penemuan terbaru itu ditonton
berjuta orang di laman YouTube dan siaran televisyennya juga di seluruh
dunia melalui stesen Animal Planet mendapat sambutan menakjubkan.
Bagaimanapun, daripada bukti itu jika ia
benar, maka Ikan Duyung tidaklah cantik seperti yang digambarkan dalam
watak kartun Little Mermaid terbitan Disney tetapi rupanya seperti
tengkorak dengan tangan yang mempunyai sirip ikan.
Ekoran penemuan itu, pihak pentadbiran
Greenland kini dikatakan telah menghentikan semua lesen carigali minyak
di perairannya kemungkinan untuk menyiasat lebih lanjut mengenai habitat
spesis itu. Sebelum bukti video berkenaan, beberapa bukti video
menunjukkan haiwan seperti ikan dengan rupa bentuk yang sama turut
dilaporkan sekitar kawasan Greenland.
Ini menjadikan Greenland bukan sekadar
satu sudut dunia yang unik, tetapi juga misteri. Ia secara berterusan
menjadi perhatian banyak pihak atas sebab-sebab yang berlainan. Dengan
kisah ikan duyung masih popular di Greenland dan masih dalam konteks
yang hampir sama, sekumpulan 12 orang rakyat Malaysia termasuk tiga
orang wanita akan berjalan kaki dalam satu program yang dinamakan
Ekspedisi Greenland 2014 anjuran Kelab Eksplorasi Tujuh Benua Malaysia
(KE7B) dengan tajaan Felda.
Penasihat KE7B, Datuk Akmar Hisham
Mokhles berkata, perancangan asal ialah untuk membawa hanya tujuh orang
namun mengikut perancangan terkini, jumlah peserta ditambah.
“Ekspedisi ini ialah satu penjelajahan
yang akan mengambil masa antara 30 hingga 35 hari melibatkan perjalanan
sejauh 530km merentas bahagian tengah dan Selatan Greenland,”
Menurut Akmar Hisham, ekspidisi itu
adalah ekspedisi pertama merentasi Greenland melibatkan rakyat Malaysia
dan ia membabitkan kumpulan terbesar setakat ini dari mana-mana negara
pun. Ekspedisi ekstrem itu diadakan untuk menunjukkan pada dunia rakyat
Malaysia boleh menyahut apa sahaja cabaran di mana-mana pelusuk dunia
pun tidak mahu negara Malaysia hanya dianggap sebagai ‘Jaguh Kampung’,
katanya.
“Biasanya orang akan melakukan ekspedisi
secara solo tetapi kali ini kita libatkan secara kumpulan. Apa yang
menarik, ialah cabaran ini akan dianggap sebagai satu cabaran yang
ekstrem kerana perjalanan mereka akan melibatkan laluan dengan suhu
serendah -40°C hingga 45°C. “Pada masa sama mereka perlu menarik luncur
salji mereka sendiri yang mengandungi peralatan asas peserta sepanjang
ekspedisi dengan berat sekitar 70 hingga 80kg sehari,” katanya.
Beliau berkata perjalanan itu nanti juga
tidak mudah dan berliku kerana ia turut melibatkan pendakian kawasan
tinggi. Menjelang hujung tahun ini KE7B akan dapat senarai akhir seramai
10 orang penjelajah terbaik bersama dua orang jurulatih yang akan
mengikuti ekspedisi itu, kata Akmar Hisham.
“Pada masa ini, kita ada 26 pelatih yang mengikuti latihan dan kita akan membawa 15 orang terbaik ke New Zealand untuk latihan penyesuaian selama dua minggu pada hujung tahun ini atau awal tahun depan serta mencari 10 orang termasuk tiga wanita,” katanya.
“Pada masa ini, kita ada 26 pelatih yang mengikuti latihan dan kita akan membawa 15 orang terbaik ke New Zealand untuk latihan penyesuaian selama dua minggu pada hujung tahun ini atau awal tahun depan serta mencari 10 orang termasuk tiga wanita,” katanya.
Menurut beliau yang juga merupakan
Penasihat Ekspedisi Greenland 2014 peserta dipilih daripada pelbagai
latar belakang. Ada yang dipilih dari tentera, polis, kakitangan awam,
swasta dan pelajar. Adakah mereka bakal menemui ikan duyung juga di
sana? “Rasanya tidak kot, kerana kami ikut laluan daratan,” kata beliau
sambil tersenyum.
SAKSIKAN VIDEO DI BAWAH INI:
benarkah itu nyata
ReplyDelete