Kami telah menemubual
penyanyi yang memang cantik walaupun berumur 44 tahun pada tahun ini.
Fauziah Latiff merupakan duta produk kecantikan wajah SK-II telah
berkongsi 7 tips fesyen untuk pembaca Wanista khasnya yang berumur 30
tahun ke atas.
Pastikan pakaian dan aksesori yang dikenakan bersesuaian dengan peringkat umur, lebih sopan. Wanita yang berumur lebih 40 tahun seharusnya mengenakan pakaian yang lebih sesuai kerana bukan remaja lagi. Di dalam usia itu, ramai wanita yang tidak tahu berfesyen mengikut umur dan ada juga yang bersikap sambil lewa memilih pakaian. Jangan begitu, penampilan juga harus dijaga walaupun umur sudah meningkat.
2. Pastikan ada pakaian asas
Menurut kak Gee, anda perlu ada pakaian asas berwarna hitam atau putih, tidak kiralah kemeja ataupun dress di dalam almari. Ia penting untuk disesuaikan ke mana-mana acara atau tempat yang ada perlu, dan warnanya juga tidak terlalu menonjol.

3. Harga bukan ukuran
Murah tidak semestinya tak cantik, jika digayakan dengan bijak, ia mampu kelihatan eksklusif. Begitulah kata Kak Gee. Ada yang berpendapat mereka harus menggayakan pakaian yang mewah dan berjenama untuk kelihatan cantik dan anggun. Sebenarnya harga tidak memainkan peranan penting, asalkan pandai bergaya dan mix and match, sudah memadai.

4. Corak yang sesuai
Pakaian yang dipakai haruslah bercorak yang sesuai dengan umur dan bentuk badan. Wanita yang lebih besar semestinya harus menjauhkan diri dari corak yang berani dan besar dan cetakan besar. Reka bentuk dan perincian halus dan rumit adalah lebih sesuai untuk anda. Baju dengan leher ‘V’ mewujudkan kesan kelangsingan tubuh badan serta-merta. Jalur menegak memberi persepsi yang mendatar dan adalah lebih baik berbanding dengan corak melintang.

Pakai pakaian yang sesuai dengan tubuh
badan anda. Pastikan anda tidak membeli pakaian terlalu kecil saiz atau
terlalu besar .Selain itu juga, pilih seluar teliti, sekurang-kurangnya
meliputi separuh daripada panjang kaki anda. Pilih pakaian yang
mempunyai getah di bahagian pinggang supaya menampakkan kelangsingkan
badan.
5. Penjagaan kulit
Fesyen tanpa penjagaan kulit ibarat nasi lemak tanpa sambal. Tidak boleh dipisahkan. Untuk mendapatkan kulit yang cantik, anda perlu minum air dengan cukup, kurangkan tekanan dengan aktiviti senaman dan kehidupan yang sihat. Kemudian anda boleh mengenakan pakaian dengan fesyen terkini. Barulah ngam!

6. Jaga Kesihatan
Menurut Kak Gee, untuk sentiasa cantik, bukan sahaja luaran saja kena jaga, dalaman pun penting. Kesihatan perlu diutamakan.

7. Gembira
Kita berfesyen untuk cantik dan kepuasan diri sendiri. Jadi apa gunanya mengenakan pakaian yang cantik sedangkan kita tidak gembira? Anda perlu memastikan anda stabil dari segi emosi dan menjaganya dengan baik. Jika anda selalu gembira, sudah semestinya anda akan nampak cantik meskipun anda bukan seorang fashionista.

Sumber: Wanista
0 comments :
Post a Comment