Selepas Membaca Luahan Engineer Ini, Saya Semakin Yakin Dengan Proton!
| Yang ni saya kena jawab la sebab banyak sangat misinformation.
Biasanya information yang berpindah dari satu mulut ke satu mulut yang
lain akan berubah menjadi sensasi. Itu lah masyarakat kita. Kita bukan
mendapat firsthand info tapi berdasarkan cerita yang telah ditokok
tambah. Ini dia cerita dari orang dalam yang duduk ditengah-tengah
R&D PROTON.
“Saya ada kenalan dari kastam boleh
confirmkan perkara ni.. member saya kerja kastam kat kelang dan beliau
sendiri yang maklumkan yg salah satu tugas dia adalah buat checking
penerimaan barangan proton untuk di pasangkan di negara ni. Satu kontena
enjin je.. manakala kontena lain adalah pintu, body dan sebagainya.
sama lah dengan kereta lain juga.”
Kalau kita lalu kat kawasan glenmarie
tu, akan ternampak lah satu tanda… Kilang Enjin Proton. Tanda tu tak
duduk kat situ untuk suka suka je. Kalau kita jengok kat dalam…. Boleh
nampak besi cair yang dituang kedalam acuan untuk membuat enjin block.
Memang proton ada mengimpot enjin tapi dari kelas 1.2 dan 2 liter.
1.2liter untuk Savvy (enjin Renault) dan 2.0liter untuk Perdana. Tapi
untuk enjin 1.3, 1.5, 1.6 proton buat sendiri. Untuk pintu pulak… hanya
kereta-kereta Perdana sahaja yang proton beli pintu dari Mitsubishi.
For your information, Untuk membuat
pintu sahaja memerlukan dekat 20 acuan. Bayangkan lah 4 pintu. Modal itu
shaja sudah hampir RM50 juta. So untuk kereta yang volume kecil, kita
beli dari luar. Untuk kereta Isawara, Wira, Waja, Gen2, Savvy… 100% body
dibuat di Malaysia .
“Bayangkan dah 20 tahun menanti kereta
Malaysia yang sebenarnya tak keluar-keluar lagi. Bagi yang berkemampuan
sudah tentu tak mahu menggunakan injin kenderaan berteknologi 70an, 80an
dan 90an yang diubahsuai. Sudah tentu ramai nak teknologi terkini dan
sebenarnya milik kita. Secara umumnya proton masih belum ada enjin
sendiri lagi.. jadi adalah sukar hendak dikatakan kalau ianya adalah
kereta Malaysia yang sebenarnya. Pengeluaran kenderaan adalah
berdasarkan injinnya barulah boleh dikatakan ianya kenderaan negara
sebenarnya.”
Disini lagi ada misinformation. Memang
untuk kereta Perdana kita impot enjin dari Jepun. Untuk Savvy kita
gunakan enjin Renault. Untuk Isawara, Wira dan Waja kita buat enjin di
Malaysia walaupun design original dia dari Mitsubishi. Tapi enjin Gen-2
adalah enjin terkini yang direka oleh jurutera Proton dan dibina di
Malaysia. Enjin tersebut menggunakan teknologi terkini. Jadi kenyataan
diatas agak menyesatkan sedikit. Naza, Perodua…. Masih lagi membawa
enjin dari luar.
Modal untuk mereka dan mengeluarkan
enjin ni amat besar. Nak dapat return pun bukan nya sekejap. Tapi demi
maruah dan kemajuan, kita korbankan keuntungan jangka pendek. Selagi
kita tidak mengeluarkan enjin sendiri.. selagi itu kita tidak tahu.
Sekarang kita telah pun mengeluarkan enjin sendiri… orang masih tidak
percaya. Itu lah masalah orang kita… memandang rendah kebolehan anak
negara sendiri.
“Selama ini proton bergantung kepada
Mitsubishi sebagai rakan teknikal. Oleh kerana kontrak selama 20 tahun
telah tamat. Maka proton terpaksalah mencari rakan teknikal yang baru
dan bermulalah masalah melanda proton. Sudah tentu rakan teknikal baru
tidak mahu meneruskan rekaan dan teknologi mitshubishi lagi. So apa kan
jadi pada kereta proton yang ada sekarang ni untuk masa akan datang.”
Tidak wujud kontrak 20 tahun dengan
Mitsubishi. Mereka adalah rakan kongsi. Bertahun tahun kita berkerjasama
dengan Mitsubishi tetapi teknikal apa yang mereka turunkan. Kalau kita
pernah berkerja dengan orang Jepun atau Korea , mereka inilah yang
paling kemut ilmu. Tapi bab nak korek ilmu kita, dia orang rajin
habis.Korang jangan terkejut bila saya cakap yang idea kita pun banyak
yang Jepun curi. So bila kita mula menuntut teknologi baru dari mereka…
mula lah nak caj dan nak ikat royalti yang tak munasabah.
Nak mintak copy teknikal drawing zaman
dulu sekeping pun dia orang caj beribu ribu. Mulalah kita pandang
teknologi dari barat dan teknologi sendiri. Sebab itu kita beli Lotus..
Kita ignore Jepun. Bila kita design sesuatu yang lebih baik… laju je dia
orang hantar balik information ke Mitsubishi. Last-last kita pun mula
bersikap secrecy dengan dia orang… lama lama diaorang fed up dan mintak
keluar. Lagi pun dia orang dah nampak afta nanti dia orang akan masuk
balik ke Malaysia.
Perodua… kenapa daihatsu/toyota memberi
enjin latest dia orang…. Sebab Perodua tu 100% milik Toyota/Daihatsu.
Dah lama UMW menjual saham dia orang kepada Jepun. Proton…. Milik
Malaysia .
“Mungkin ada yang tahu dan ada yang tak
tahu yang proton yang digunakan pakai sekarang adalah barangan
Mitshubishi. Samalah seperti kereta lain.. tukar lambang je..”
Inilah susah orang kita ni…. Banyak
mendengar cerita sensasi yang banyak ditaruk banyak rempah ratusnya…..
Memang pada mulanya kita belajar… selepas itu kita buat sendiri.Saya
adalah seorang yang terlibat dengan kerja kerja tersebut.
Saga – base dia Lancer lama. Kita Cuma tukar depan dan belakang sikit.
Iswara – base Saga, kita mula belajar
untuk design kereta sendiri. Masa ni Mitsubishi dah tak berapa setuju
bila kita menubuhkan R&D. So kita menggunakan khidmat penasihat dari
UK .
Wira – Disini berpuluh puluh designer
dan engineer Proton dihantar ke Jepun untuk kerjasama design kereta
baru. Proton dan Mitsubishi kongsi modal. Hampir 2 tahun kami disana.
Bahagian tengah dikongsi bersama.
Depan dan Belakang, design asing-asing. Lampu depan dan belakang share sebab nak kurang kan cost. Hasilnya Proton Wira-Mitsubishi Lancer.
Depan dan Belakang, design asing-asing. Lampu depan dan belakang share sebab nak kurang kan cost. Hasilnya Proton Wira-Mitsubishi Lancer.
Orang akan kata hah kongsi je sebab tak
tahu buat kerja…. Tapi ada orang kata apa apa bila Ford dan Mazda
berkongsi bahagian tengah? Ford Laser dan Mazda 323 adalah kereta yang
sama. Ada orang komplen? Bila orang Malaysia yang buat begitu… orang
Malaysia sendiri yang nak mengutuk. Tak ramai yang tahu seksa bekerja
kat Jepun sebab dia orang suka curi idea.
Bayang kanlah semasa kami design
dashboard untuk Wira… masa tu Mitsubishi sudah pun siap soft tooling
mould untuk dashboard kereta dia… Bila mereka tengok dashboard Proton,
Mereka sanggup letak designer dia depan design kita untuk mengubahsuai
kembali rupa bentuk dashboard mereka. Kalau kita pernah tengok dashboard
mitsubishi lancer… hampir samakan. Itu mereka yang meniru bukan kita.
Ianya menunjukkan kita bukan tak pandai… Cuma masyarakat sendiri
berfikiran macam itu. Perdana – untuk membuat satu satu design bukannya
murah. Nak balik modal pun lama. Jumlah kereta yang dijual pun kena
banyak.
So, kalau nak buat Perdana…. Sampai
habis pun tak balik modal. So yang ni memang kita ambil kereta dari
mitsubishi dan pasang di Malaysia. Cuma kita tukar depan dan belakang,
dan bahagian dalaman.
Tiara – Tiara adalah bukan product
Proton. Ia adalah keluaran DRB. Tapi kita kena tunduk dengan arahan dari
atas untuk mereka menggunakan lambang Proton.
Waja – Waja adalah permulaan kita untuk
menunjukkan kita mampu melakukan kerja sendiri. 100% didesign orang
orang kita. Tapi untuk kejuruteraan kita memerlukan consultant dari
luar.. mainly dari Eropah dan Amerika. Bukan sebab tak pandai tapi kita
tak cukup kakitangan. Nak design kereta bukan seperti menjahit baju.
Kebaikan dari mengambil consultant dari luar memang membuka mata kita…
kita adalah setaraf dengan kebolehan mereka. Nak design kereta ni
memerlukan beratus ratus kakitangan. Bukannya sedikit.
Gen2 – 100% didesign oleh orang kita.
Consultant dari luar hanya sedikit sebab kakitangan kita semakin ramai.
Kita mula menggunakan enjin yang didesign sendiri.
Savvy – 100% dedesign sendiri. Cuma
enjin sahaja kita menggunakan Renault sebab kita tidak ada enjin bersaiz
kecil. Well…. Kehebatan enjin Renault sudah terbukti bila mereka
memenangi F1. Disin banyak berita palsu disebarkan oleh mereka yang
tidak bertanggung jawab.Contohnya… Savvy adalah Tiara dan menggunakan
chasis Tiara lama. Savvy tidak ada kena mengena dengan Tiara. Savvy
adalah baru, 100%. Tidak ramai yang tahu bahawa Savvy menggunakan HTHS
steel (High Tensile High Strength Steel). Sebab tu body Savvy kuat.
Memang ada terpampang kereta Savvy kemek kerana accident.
Well… kereta mercedes, volvo, BMW pun
kemek bila accident. Tapi tak ramai yang tengok keadaan dalaman Savvy
yang accident tu… In fact. Kukuh. Saudara saudari… Bila kita design
kereta ni.. yang paling penting adalah keselamatan penumpang. Memang
kereta didesign untuk crumple bila ada impact. Itu untuk menyerap daya
hentakan supaya bukan manusia yang menerima hentakan kuat. Rating TUV
Germany memberikan 3 star untuk Proton. BMW 5 series pun dapat 3 star.
Ramai yang kata Savvy ni tak sedap bila memandu. Tapi tanyalah yang
bercakap tu… adakah mereka pernah memandu Savvy. Kebanyakan nya tidak.
Hanya mendengar dari orang lain.
Lain lain – Ada banyak lagi yang saya
tak boleh cerita sebab ada secrecy act. Proton pun ada design kereta
untuk company lain dan ada membuat part untuk company lain. Proton ada
juga buat reverse engineering untuk motosikal lumba (tahun tu dia
champion) tapi kita tidak boleh menceritakan sebab dasar secrecy kita.
Mungkin sesetengah orang yang memakai certain kereta mewah tidak tahu
yang part kereta mereka dibuat di proton. Kalau Proton tak elok… masakan
mereka mengkontrakkan proton untuk membuat kereta mereka.
“Berbalik kepada masalah yang sedang
dihadapi oleh proton. Kenapa ianya harus berlaku perkara sebegini.
Apakah yang sebenarnya telah berlaku dan dibuat oleh proton dalam masa
20 tahun untuk membina kenderaan nasional sendiri. Memang ada R&D
proton cuba mendapatkan struktur dan bahan-bahan untuk membuat injin
tapi gagal mendapatkan resepinya.”
Proton memang dah ada enjin sendiri.
Yang terpasang dekat Gen-2 tu apa dia. Bab-bab bahan untuk membuat enjin
tu senang je. Kebanyakan pengeluar kereta menggunakan besi yang sama
sebab pengeluar besi dalam dunia ni bukan banyak. Kita Cuma bagi
specifikasi je. Nak design enjin tu yang susah. Transmition yang paling
susah. Untuk info lah… kami masih lagi dalam proses untuk mereka cipta
transmition sendiri. Bukan macam nak buat karipap tau.
“Penubuhan proton sejak 20 tahun yang
lampau tidak mencapai objektif yang sebenarnya. Dimana silapnya? Berapa
ramaikah yang tahu bilakah ilham proton ini sebenarnya timbul dan berapa
lamakah usaha dilakukan bagi membolehkan impian ini tercapai.”
Mungkin ramai yang mengganggap hanya
seorang perdana menteri sahaja terlibat. Cuma pada zaman Tun M baru
persetujuan dapat dicapai setelah Mitshubishi bersetuju menjadi rakan
teknikal dengan bersyarat. (syarat ni tak bolehlah diberi tahu.. sebab
ianya adalah OSA)
Penubuhan Proton lebih mencapai objectif
nya. Pada mulanya Proton hanya di rancang untuk membuat kereta bukan
untuk merekacipta kereta. Kita menubuh R&D, Mitsubishi tidak setuju.
Ye la… siapa nak bagi kita pandai kan . Cuba check dekat Perodua,
berapa ramai jurutera dari Proton bekerja dekat sana, Head of R&D
Perodua…bekas Proton, Head of Styling…bekas Proton, Head of
Planning…bekas Proton, Head of Production…bekas Proton (rasa-rasanya dah
kena kebas dekat Naza), Head of Engineering Services…bekas Proton.
Ratarata mereka yang senior dekat sana dari proton. We trained them…
orang lain ambil cara senang je.
Naza pulak.. Head of R&D….bekas
Proton. Head of Production…bekas Proton. Honda pun ramai bekas Proton,
DRB Pekan… Head dia pun bekas proton, Inokom… head dia pun bekas proton.
Itu kira head je…bukan lagi kira engineer dan designer. So it meets its
objective untuk memajukan orang-orang kita. Mainly orang Melayu. Naza
sendiri tidak menyangkal kereta Naza mainly didevelop oleh bekas
kakitangan Proton. So… orang Proton tak bagus?
Kita belum lagi kira bekas pekerja
proton yang diambil oleh consultant luar negara… dari America, Eropah
sampai ke Jepun.Tau tak kita kakitangan Proton telah memenangi
pertandingan mereka design kereta anjuran Ford. Beliau mendapat tempat
pertama. Bukan bertanding diperingkat Malaysia . Tapi di peringkat
antarabangsa. Memang beliau mendapat tawaran kerja dari syarikat kereta
gergasi Amerika dan Eropah. Tapi kami tabik bila dia decide nak stay
dekat Malaysia sebab taknak anak-anak membesar dinegara lain. Ada orang
tau…?
“Selama 20 tahun proton pergantung
kepada pemerintah yang sepatutnya telah boleh berdiri dengan sendirinya
sekarang ini selepas perjanjian tamat. Ibarat kata.. berapa lama perlu
bergantung.. tak kan dah 20 tahun nak merangkak lagi.. nak tambah masa
untuk merangkak lagi.. so bila lak nak belajar berdiri dan berjalan
sendiri tanpa dipimpin lagi..sebab tu exPM kata.. kalau dah tak boleh
tutup aja…”
Proton boleh menjadi lebih baik kalau
tidak ada tanggung jawab kepada negara. Senang aja… buang sahaja
pengeluar-pengeluar yang bermasalah. Tapi apa akan jadi dengan ekonomi.
Itu tanggungjawab Proton untuk negara. Bayangkanlah penjanaan ekonomi
proton untuk negara… berapa banyak kaki tangan Proton… 8000. Berapa
banyak kakitangan syarikat yang secara lansung untuk membuat part
Proton…100,000 orang. Berapa banyak bank dapat untung, berapa banyak
syarikat bumiputra yang naik? Bayangkanlah kami boleh membantu sedangkan
polisi kerajaan tidak membantu.
Cuba ingat sebelum timbulnya proton. Berapa banyak wakil jualan bumiputra untuk kereta toyota , nissan, honda? 0… Kosong.
Mengenai masalah AP pulak perkara tu
bukan perkara baru. Mungkin ada yang tak tahu yang proton juga mendapat
AP. Kalau tak.. sure harga kereta proton tak serendah sekarang ini. Tak
percaya boleh check duti import yang dibayar untuk sebuah kereta proton.
Nak check duti import tak susah sgt.. cuma bandingkan harga kereta
proton di kawasan bebas cukai.
Kita memang tak payah bayar duti impot
sebab kita buat kereta kat dalam Malaysia . Tapi tetap kena cukai. Kita
tak ada AP. Yang Proton kecewa kenapa terlampau banyak AP dikeluarkan.
Lepas tu sebijik-sebijik kerajaan kena tipu.
Bayangkan lah kalau kereta KIA yang
dibawa masuk ke Malaysia … harga yang di declare adalah RM8000. Tak
masuk akalkan bila kastam approve benda ni. Paling murah kereta yang
pernah dibuat adalah dalam dunia ni adalah lebih kurang RM18,000. Itu
baru bahan bahan dia. Belum lagi kira cost modal acuan, cost tenaga
kerja, cost R&D. Bayangkan lah banyak mana kerjaan rugi pada cukai.
Bayangkanlah banyak mana Naza untung.
Dasar Automotif Negara di perlukan bagi
meneruskan perjuangan yang belum tercapai disamping menjaga serta
melindungi pemilik kereta proton sekarang ini. sejauh mana boleh
bertahan tak tahula..kalau tidak akan bertimbunlah bakal besi buruk bila
tiada lagi sparepart proton (asalnya milik Mitsubishi) dan akan
timbulah barangan made in Jinjang atau sewaktu dengannya.
Saudara… Dalam banyak banyak negara
pengeluar kereta, Malaysia lah yang paling kurang memprotect industry
automotive mereka. Rakyat Malaysia juga lah yang paling tidak patriotik
dalam hal-hal kereta ni. Walaupun kita telah merdeka, minda kita tetap
diajar barangan lain lebih elok dan tidak membantu barangan sendiri.
Saya ambil contoh… Thailand membuka pintu mereka untuk industri
automotif… tapi ada syarat. Kereta yang dibina di Thailand harus lah di
export keluar lebih dari yang dijual dalam negara nya. Korea… cuba pergi
ke Korea dan lihat sendiri disana. Nak cari kereta yang bukan dari
Korea …susah. Sebabnya…
1. memang mereka patriotik.
2. Cuba pakai kereta import… Lembaga Cukai mereka
akan menyusahkan pembeli kereta tu. Sebab kata mereka
tentu banyak duit.
2. Cuba pakai kereta import… Lembaga Cukai mereka
akan menyusahkan pembeli kereta tu. Sebab kata mereka
tentu banyak duit.
Jepun… Semasa mereka belajar membuat
kereta hampir 80 tahun dulu… nak naik bukit pun boleh undur (baca
sejarah toyota ), tapi rakyat mereka tetap bangga dan tetap membeli.
Cuba kat Malaysia …. Kutuk lagi ada.
Saudara semua… kejayaan sesuatu project
negara bergantung kepada sokongan dari rakyat sendiri. The more people
buy, the cheaper things can be. Economic of scale lah tu. Lagi banyak
dijual, lagi rendah cost pembalikan modal untuk setiap kereta.
Nak buat sebijik kereta hampir 1 billion
cost dia. Macam mana nak balik modal kalau kita tak ambil untung.
Kilang enjin lagi mahal… tapi kita korbankan keuntungan kerana kalau
kita dok asyik beli enjin dari luar, masa mana kita nak belajar dan
maju. Proton baru 20 tahun. Korea mengambil masa 40 tahun untuk kereta
dia tiba ditahap ini. Jepun sudah 80 tahun, Barat sudah 100 tahun.
Ini industri kereta. Kalau orang suruh
kita fikir nak buat plastik aiskrim tu pun majority kita tak boleh. Ini
kereta. So yang mengutuk tu… fikir. Lagi banyak kita jual, lagi murah
kita boleh jual… lagi banyak duit, lagi baik pembangunan yang kita boleh
buat. Setiap test dan setiap bahan baru yang nak direka memerlukan wang
yang banyak.
Masalahnya sekarang siapakah yang bakal
atau boleh dijadikan rakan teknikal. Walau pun volkswagen nak join ngan
proton tapi persoalannya boleh ke..?
Kenapa..saya kata macam tu..sebab
Volkswagen ni guna euro. Sudah tentu la harga kereta proton pada masa
akan datang lebih mahal lagi. (salah satu sebab isu AP keluar) Nak mohon
Nissan atau Honda atau Toyata jadi rakan teknikal memang agak sukar.
Errr…. Ini kita bagi hint sikit sebab teruk sangat
Gila2FX 01-06-2008 10:50 PM
——————————————————————————–
dah ni. Kita tengah develop kereta dengan VW. Sebab tu kita jangan dengar saja orang cakap.
Kalau semua AP ditarik balik lagi banyak
masalah akan timbul.. salah satunya adalah AFTA. Mampukah negara kita
membayar ganti rugi kepada negara lain yang telah melaksana AFTA.
Mungkin ada yang tak sedar yang negara kita telah membayar ganti rugi RM
billion sebab menangguh perlaksanaan AFTA sebelum ni kapada negara
Asean yg berkaitan.
Memang kita akan kena penalti sebab ada
perjanjian AFTA. Tapi bukan kita nak tarik AP macam tu aja. Jalan
penyelesaian masih ada. Kalau negara lain boleh ada polisi dia orang
yang membantu industri kereta mereka… kenapa kita tidak boleh. Kerana AP
China boleh mengeksport kereta mereka ke Malaysia (kereta Chery hampis
masuk), tapi polisi China masih lagi tidak membenarkan kereta kita masuk
ke sana.
Memang dia kata boleh masuk tapi dah 5
tahun mencuba pun belum dapat kelulusan lagi. Banyak syarat lagi. India…
nak masuk kesana kena letak deposit USD200 Million. Belum lagi nak set
up kilang dan infrastruktur jualan. Cuba masuk kat Korea … Kita nak jual
kain kita kat sana pun diaorang tak nak beli walau pun kualiti kita
bagus. Kuat nya patriotik diaorang. Kita… apa yang nama lain selain dari
barang sendiri mesti bagus punya.
Bagi yang nak membandingkan kereta kita
dengan kereta German…. Bukan tak boleh buat. Boleh… tapi sanggup ke
bayar harga kereta German untuk kereta buatan Malaysia .
Naza yang rata rata import kereta Cuma
tukar bumper pun boleh jadi taraf kereta nasional. Perodua yang tak
pernah design kereta sendiri (cuma design bumper depan belakang) pun
dapat taraf kereta nasional… Proton sekurang-kurangnya telah mendidik
ramai anak bangsa dalam kemajuan teknologi. Dah ramai hasil dari
pengalamn bekerja dengan proton diambil untuk sektor R&D ditempat
lain. Bayangkan lah satu kumpulan Advance Engine Research Proton terus
diambil oleh Petronas. Bukan sorang…. Kesemuanya. Nak kerja dengan
R&D proton….. Paling minimum 2nd class upper. 1st class berlambak.
Selepas berpengalaman… Perodua, Naza ambil.
Tapi saya tak marah bila orang kata
macam-macam pasal proton. Itu hak mereka. Tapi fikirkanlah tenaga yang
kami beri untuk memajukan negara dalam bidang teknologi. Boleh sebut tak
company mana lagi dalam bidang industri yang betul-betul menggunakan
kepakaran anak Malaysia dalam bidang R&D ni. Kalau kita tidak
belajar… sampai bila kita tidak akan tahu. Dan sampai bila kita akan
bergantung dengan orang luar.
Tapi bab support selepas jualan…. saya
sendiri pun tak puas hati. Sabotaj pun Proton dah biasa kena…. Orang
curi part semasa delivery kerata tukar dengan part tiruan atau lama.
Yang kena komplen… proton. Tapi yang hairannya semasa Perodua recall
balik 4000 unit Myvi…. Tak ada pulak yang kutuk. Letak sebelah sebelah
Myvi dan Savvy… check performance dia. Then baru tahu nak kata apa.
Jangan dengar orang cakap je… test sendiri. Baru tau. Sekarang ni Savvy
dah keluar dengan Savvy Auto-Manual…. Maksudnya dua-dua jenis gear ada
dalam kereta. Malas nak tukar gear… swith to auto. Nak main ciluk-ciluk…
switch to manual. Errr.. siapa kata kita guna tecnology 70an?
Jika anda rasa artikel ini mampu
membangkitkan rasa cinta dan patriotik di kalangan rakyat Malaysia, maka
sebarkanlah. Kongsikan di Facebook anda. Jalankan tanggungjawab sosial
masing-masing. SHARE!
Sumber: Viraliyat
0 comments :
Post a Comment