4 Perkara Wajib Anda Perlu Tahu Mengenai Pernikahan Hanez Suraya & Romie.
Akhirnya, setelah pelbagai kontroversi melanda Hanez Suraya dan kekasihnya, Romie Razin Aidilha, mereka berdua telah pun selamat bergelar suami isteri hari ini. Jom kita tengok foto dan fakta menarik mengenai pernikahan mereka!
1. Hanez Dinikahkan Oleh Bapanya Sendiri
Pada jam 11.30 pagi tadi, Hanez Suraya telah dinikahkan dengan Romie Razin Aidilha oleh bapanya sendiri, Abdul Aziz Mohd. Said di Masjid Putra, Putrajaya dan disaksikan oleh Ybhg Tuan Haji Abdul Manaf Haji Mat.
2. Mas Kahwin Bernilai RM 20,000
Hanez Suraya meneruma 7 dulang hantaran daripada Romie iaitu Tepak sirih dan Mas kahwin, Rantai, Al-Quran dan tasbih, set perfume dan alat solek, beg tangan, dan sepasang kasut. Tidak ketinggalan, Hanez menerima mas kahwin bernilai RM 20,000.
3. Romie Terima 7 Dulang Hantaran
Romie menerima 7 dulang hantaran iaitu sirih junjung, Al-Quran/sejadah/tasbih, kek, buah-buahan, set wangian,beg, tali pinggang, baju/seluar dan sepasang kasut.
4. Anak Romie Turut Hadir Di Majlis Pernikahan
Comelnya anak Romie! Nampaknya anak Romie memang betul-betul sayangkan Hanez Suraya apabila tidak ketinggalan menemani bapanya hari ini.
Apapun, tahniah kami ucapkan kepada pasangan sejoli ini. Semoga kekal till jannah!
0 comments :
Post a Comment