Seram! Penumpang Misteri Di Stesen Minyak | Apabila kita membaca kisah-kisah seram, kita tidak boleh mempercayainya
seratus peratus. Ini kerana apabila seseorang yang terlalu taksub
dengan sesebuah cerita hantu, ia boleh merosakkan akidahnya. Tetapi apa
yang paling penting sekali, kita perlu percaya bahawa makhluk halus itu tetap wujud dan ia merupakan ciptaan Allah SWT. Baiklah kisah seram yang ingin dibawakan pada kali ini adalah berkisarkan tentang seorang wanita misteri di salah sebuah stesen minyak. Seperti sebelum-sebelum ini juga, terdapat banyak kisah misteri apabila wujudnya wanita yang bertindak menahan kereta untuk minta ditumpangkan ke sebuah tempat. Ikuti kisah di bawah ini.
Pada satu malam, seperti biasa pak abu,
pergi lah ke stesen minyak di pekan berdekatan yg lebih kurang 18km lah
jaraknya.. memang itulah rutin hariannya pada setiap malam.. alasannya
supaya minyak di kedainya tidak kehabisan.. agar sentiasa ada bekalan
jika ada pelanggannya yg keputusan minyak pada waktu malam jika berlaku
kecemasan..
Setelah tiba di stesen minyak, pekerja2
disitu yg sudah faham dengan kehadirannya, mereka terus mengisi minyak
kedalam tong2 yg sudah disediakan.. sementara menunggu pekerja2 stesen
minyak mengisi penuh tong2 yg dibawanya, pak abu berbual2 dengan pemilik stesen minyak a.k.a sahabatnya itu.. semasa itulah muncul seorang gadis yg berumur dalam lingkungan 21tahun menyapa mereka berdua..pak
abu terkejut melihat gadis yg memakai topi itu sedang menangis..
seolah2 ada masalah besar yg dihadapi olehnya.. lalu dia pun bertanya
pada gadis itu.. apa masalahnya sehinga gadis itu menangis..
Gadis itu pun mengadu pada pak abu, yg dia tertinggal bus kilang..
pak abu pelik, macam mana pulak budak ni boleh tertinggal bus? tapi
bila dilihat budak tu sedang menangis tak sampai hati pula dia nak
bertanya dengan lebih lanjut..gadis itu meminta bantuan dari pak abu
untuk menghantarnya pulang.. pak abu dengan senang hati bersetuju untuk membantu gadis tersebut.. setelah selesai mengisi minyak dan membuat bayaran pak abu pun berangkat untuk menghantar gadis tersebut..
Ketika didalam perjalanan, pak abu hanya
mendiamkan diri.. melihat gadis yg ditumpangkan nya itu hanya tunduk dan
tidak berkata apa2.. setelah tiba di kawasan kampung, gadis itu
menunjukkan jalan ke rumahnya yg berada berdekatan simpang empat.. pak
abu memberhentikan kereta yg dipandunya.. gadis itu berlalu keluar dari kereta dan mengucapkan terima kasih pada pak abu..
pak abu hanya menganggukkan kepalanya.. entah kenapa dia rasakan ada
sesuatu yg tak kena pada gadis itu.. tapi pak abu buat tak tahu je..
malas dia nak fikir semua tu..
Pak abu meneruskan perjalanan pulang
kerumahnya.. setibanya dirumah, ketika hendak keluar dari kereta, dia
terperasan ada satu barang di atas tempat duduk sebelahnya.. ada seutas gelang emas disitu.. terkejut pak abu.. dia teringatkan gadis yg di tumpangnya tadi.. sah barang kemas budak ni tertinggal, getus hatinya.. kemudian pak abu menyimpan gelang itu kedalam beg sandang nya..
Pada esoknya pagi2 lagi pak abu ke rumah
gadis tersebut.. setelah mencari2 akhirnya pak abu pun sampailah kerumah
gadis itu.. dia memberi salam kepada tuan rumah beberapa kali, keluarlah seorang pakcik sambil menjawab salam dan mereka berdua berjabat tangan.
pak abu menceritakan segalanya pada tuan rumah yg bernama pak karim..
pakcik karim pula terpinga2 mendengar cerita pak abu… lalu pak abu
mengeluarkan gelang emas dan diserahkan pada pak karim.. dia membelek2
gelang itu..dan dia memanggil isterinya, setelah isteri pak karim
melihat gelang tersebut, seperti kehairanan kemudian isterinya
termenung.. wajahnya tiba berubah sayu..
Isteri pak karim lalu menceritakan perkara yg berlaku pada anaknya yg bernama rasidah itu baru sahaja meninggal dunia sebulan yg lalu kerana terlibat dalam kemalangan ketika pulang bekerja..
kemalangan ngeri itu menyebabkan bahagian kepala dan tangan anaknya
cedera parah.. dan gelang yg dipakai oleh rasidah ketika itu hilang
tidak dijumpai..
Pak abu terkejut dengan apa yg
diceritakan oleh isteri pak karim.. seperti mimpi apa yg dilaluinya
semalam, rupa2nya gadis yg ditumpangkan itu telah meninggal dunia.. pak
abu tak mampu nak berkata apa2.. dengan langkah lemah longlai dia terus meminta diri untk pulang.. itulah pengalaman yg tak mungkin dapat dilupakan seumur hidupnya..
Begitulah kisah seram yg dilalui oleh
pak abu ( bukan nama sebenar ). Apa pendapat korang tentang kisah yg aku
paparkan ini? sebenarnya kisah2 macam ni sudah banyak kali kita dengar
dan diceritakan orang… cuma versinya saja lain2kan.
Sumber : Nasir Hamzah
0 comments :
Post a Comment