CCTV Kantoi Di Bilik Mandi Rumah Homestay di Ipoh
| Rancangan lima sekeluarga untuk bercuti akhirnya terbantut gara-gara
menjumpai kamera tersembunyi di bilik air tempat penginapan mereka.
Keluarga tersebut bercuti pendek ke Ipoh sempena cuti Hari Raya dan
menyewa sebuah homestay di sana.
Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng berkata, salah seorang ahli keluarga memberitahu, mereka bergilir-gilir untuk mandi.
“Dia adalah orang yang terakhir mandi.
Ketika hendak menanggalkan pakaian, pandangannya tertarik kepada satu
lubang di atas siling,” kata Lim.
“Dia dengan cepat kembali memakai
pakaiannya dan mendapatkan kerusi untuk memeriksa lubang tersebut,”
katanya kepada pemberita pada Sabtu.
Lim berkata, lelaki berusia 31 tahun itu
menyedari bahawa ia adalah satu kamera CCTV (kamera litar tertutup).
Dia terus menelefon polis, dan apabila mereka sampai pengurus homestay
itu diarahkan agar tidak mengunci semua bilik, jelas Lim.
“Mereka menemui sebuah bilik kecil dengan sebuah komputer di dalamnya, yang merakam rakaman dari kamera”.
Lim berkata, rakaman dalam komputer itu
terkandung video teman wanita lelaki tersebut yang sedang mandi.
Pengurus mendakwa bahawa kamera diletakkan di bilik mandi untuk
memeriksa kecurian.
“Apabila lelaki itu membuat laporan di
Balai Polis Sungai Senam, dia berkata pegawai penyiasat tidak mengambil
kenyataan, sebaliknya meminta lelaki tersebut menyelesaikan kes ini
dengan pemilik homestay.
“Kes ini diklasifikasikan sebagai kes sivil oleh pegawai penyiasat itu,” kata Lim.
Selepas tidak mendapat apa-apa maklum
balas dari pihak berkuasa, salah seorang ghali keluarga itu mendapatkan
pertolongan Lim. Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Sum Chang
Keong berkata beliau mengambil perhatian kes ini sudah melihatnya.
Sumber; ooohmedianetwork
0 comments :
Post a Comment