Kebanyakkan orang perlu
makan banyak untuk merasa kenyang. Akibatnya mereka makan dari apa yang
sepatutnya dan hasilnya, berat badan pun naik. Jadi macam mana kita nak
makan sikit tapi rasa kenyang? Adakah dengan menahan lapar atau diet
Disini saya nak
kongsikan panduan tentang bagaimana cara yang betul untuk kurangkan
makanan yang dimakan tetapi boleh merasa puas dan kenyang. Boleh juga
dijadikan tips diet mudah untuk beginners!
Makan perlahan-lahan dan kunyah
Otak kita memerlukan 20
minit untuk menyedari bahawa perut anda dah pun kenyang dan kalau kita
dah lapar sangat tu, mesti gelojoh je makan dan ada tu sampai tak sempat
nak kunyah dah telan. Untuk memanjangkan waktu makan anda supaya tak
terlebih makan, kunyah perlahan-lahan.
Aturan makan yang betul
Jika terlewa atau tak
makan pada waktu yang betul, anda berisiko untuk makan secara berlebihan
pada waktu makan yang seterusnya. Contohnya kalau tak sarapan, mungkin
anda akan makan banyak pada waktu makan tengah hari. Tak elok untuk
sistem penghadaman anda.
Adalah lebih baik anda makan dalam tempoh waktu yang pendek iaitu setiap 2 atau 3 jam tapi portionnya kecil.
Guna pinggan kecil
Kita akan cuba untuk
ambil pinggan lebih besar untuk masukkan semua makanan yang ada
terutamanya bila di kenduri atau jamuan makan. Memang susah nak kawal
nafsu makan terutamanya bila nampak orang lain makan sepuas-puasnya.
Cuba perlahan-lahan tukar saiz pinggan. Kecil saiz pinggan, kecil juga
lah saiz pinggang anda.
Makan sayur dahulu
Minggu lepas saya ada
tonton cerita Pecah Rahsia by Aizat di televisyen. Tips diet Aizat
adalah, sebelum menjamah lauk berat seperti ayam, daging semua tu, jamah
dulu sayur-sayuran. Kata Aizat, sistem pencernaan tak ‘terkejut’ dan
akan memudahkankan lagi perut untuk menghadam protein seperti ayam dan
daging
Pilih buah segar
Antara kordial dan jus
sebenar, pilih lah jus dari buah-buahan sebenar. Khasiat pun banyak dan
kandungan serat pun tinggi. Kalau rasa agak leceh nak blend buah-buahan
buat air, di kedai pun dah banyak jual jus buah segar dengan harga yang
murah macam di kedai Speedmart.
Makan makanan berserat tinggi
Makan seperti buah jambu
batu,lemon, sayuran seperti bayam,lobak asparagus, bijirin memang kaya
dengan kandungan serat yang tinggi. Makanan yang mempunyai kandungan
serat tinggi ni dapat memberikan kita rasa kenyang dengan lebih cepat.
Lebihkan sayuran, kurangkan nasi atau karbohidrat. :)
by AIDA SUE
0 comments :
Post a Comment