loading...

Ramai wanita mula dekati Abam

PELAWAK Abam Bocey mengakui mula mendapat perhatian khususnya daripada golongan wanitaPELAWAK Abam Bocey mengakui mula mendapat perhatian khususnya daripada golongan wanita sejak terlibat dalam industri seni. Jelasnya, sebelum ini memang sukar untuk mana-mana perempuan mendekatinya, tetapi sekarang sudah ada yang cuba mengenalinya lebih dekat.

Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Sye Mohd Redsuan,27, memberitahu, dia bagaimanapun berharap, supaya wanita-wanita itu tidak mendekatinya hanya kerana nama atau populariti semata-mata.

“Bila melihat dua ahli kumpulan Bocey, Achey dan Fad sudah bertemu pilihan hati, saya juga ingin merasa perkara yang sama.

“Tetapi saya bimbang jika pilihan yang dibuat tidak tepat kerana mereka kenal sayaapabila saya sudah terlibat dalam dunia seni,” katanya.

Tambah Abam, sebelum bergelar artis tiada seorang pun yang ingin atau berani berkawan lebih rapat dengannya.

“Sekarang saya masih solo kerana memang tiada yang ingin menjadikan saya teman istimewa mereka sebelum ini.

“Mungkin semuanya kerana saiz badan saya yang besar membuatkan mereka tidak selesa berkawan dengan saya. Apa pun, saya minta mereka yang ingin berkawan dengan saya sekarang biarlah benar-benar ikhlas,” ujarnya.

Kerana itu, pelakon Kawan Aku Mati Dalam Rumah Sewa ini lebih selesa menyerahkan soal jodoh kepada ibunya.

“Bagi saya, pilihan ibu adalah yang terbaik. Sebab itu saya tidak kisah ibu memilih calon isteri untuk saya.

“Lagipun tidak salah keputusan yang dibuat memandangkan saya yakin pilihan ibu mampu membahagiakan saya ke akhir hayat,” katanya tidak kisah mengenai paras rupa wanita yang menjadi pilihan ibunya nanti.

Dalam pada itu, Abam akan muncul menerusi filem Hantu Bungkus Ikat Tepi bersama Nora Danish dan Kumpulan Jambu yang akan ditayangkan April nanti.

0 comments :

Post a Comment

loading...