loading...

Kempen ‘Save Your Dara’ di Karnival Karangkraf Berlangsung Sekarang!

save your dara
Jika anda tiada apa-apa program hujung minggu ini, apa kata hadirkan diri ke Karnival Karangkraf 2015. Apa yang menarik di sana?
Bersempena dengan Karnival Karangkraf 2015, majalah terbitan Karangkraf, Dara.com memperkenalkan kempen kesedaran, ‘Save Your Dara’. Bermatlamat untuk memberi kesedaran dalam menjaga kesucian diri dalam kalangan wanita dan masyarakat. Editor Majalah Dara.com, Noor Fazidah Umar berkata, kempen tersebut bukan hanya terbuka kepada wanita yang beragama Islam, malah ia terbuka kepada semua wanita tidak kira umur, bangsa dan agama.
Kempen ini merupakan kempen yang julung kali diadakan untuk memberi kesedaran kepada remaja agar gejala-gejala sosial dapat ditangani pada peringkat awal. Masalah seperti kes-kes pembuangan bayi, anak luar nikah dan masalah hubungan seks bebas berkait rapat dengan bagaimana seseorang itu menjaga kesucian diri,” katanya.
Orang ramai dijemput berkunjung ke  Karnival Karangkraf di Kumpulan Media Karangkraf pada Sabtu ini, jam 9.00 pagi di pentas utama Karnival Karangkraf. Pengunjung yang hadir akan menerima pelbagai barangan ekslusif termasuk baju T, majalah dan sebagainya. Selain itu, hadiah ekslusif disediakan kepada 300 pengunjung pertama yang berkunjung ke gerai kami pada Sabtu nanti.
Sinar Harian Online

0 comments :

Post a Comment

loading...