Kenapa susah nak turun berat badan
walaupun setiap hari diet? Ini keluhan biasa dalam proses menurunkan
berat badan. Walaupun anda seorang yang rajin bersenam tetapi berat
badan bukan saja taknak turun, malah terus bertambah pula! Mungkin
sebenarnya terdapat banyak kebiasaan buruk yang anda ‘terlupa’ semasa
didalam proses diet atau menurunkan berat badan. Okay, berikut kami
ingin kongsikan 15 punca mengapa anda sukar menurunkan berat badan.
1. Pengambilan air soda
Soda memang sinonim dengan minuman yang
mengandungi banyak kandungan gula. Dalam segelas minuman soda terdapat
sebanyak 65 kalori. Walaupun begitu, kalori tersebut tidak menjadikan
perut anda kenyang. Jadi walaupun anda mengambil soda, keinginan anda
untuk makan dalam kuantiti yang banyak tetap ada. Jika anda mengambil
2-3 gelas soda sehari, mungkin berat badan anda bertambah hingga 30%
dari biasa.
2. Kurang tidur
Tidur kurang dari 5 jam sehari
mempengaruhi minda anda dan sekaligus mengawal keinginan untuk makan
malam. Jadi semakin sikit masa anda tidur, semakin banyak masa anda
makan.
3. Tidak bersarapan
Seseorang yang melambatkan sarapan,
berisiko 4 kali ganda lebih tinggi dari mereka yang mengambil sarapan
untuk mendapat penyakit obesiti. Dengan membiarkan perut kosong pada
waktu pagi ia akan melambatkan metabolisme badan dan menahan rasa lapar
dan sekaligus menyebabkan anda makan banyak pada waktu tengahari.
4. Makan terlalu cepat
Kunyang makanan perlahan-lahan. Ini tak,
kalau makan tu terlalu sedap, kita kunyah bukan main cepat lagi,
adakala tu tak sempat kunyah dah telan terus. Jika anda kunyah makanan
anda perlahan-lahan, anda akan mengambil lebih sedikit kalori setiap
kali anda makan. Sekurang-kurangnya masa selama 20minit diperlukan untuk
perut mendapat isyarat dari otak bahawa anda sudah kenyang.
5. Kurang minum air putih
Dalam kajian, seseorang yang menjalani
diet dan minum 2 gelas air sebelum makan akan membuatkan berat badannya
kurang 30% lebih banyak berbanding mereka yang tidak minum.
6. Berkawan Dengan Mereka Yang Sama Berat Badan
Kajian di dalam New England Journal Of
Medicine menunjukkan bahawa seseorang itu lebih cenderung untuk menjadi
obesiti apabila mereka berkawan dengan orang yang ada obesiti. Ha, tapi
itu tak bermaksud lah anda tidak boleh berkawan dengan mereka yang
berbadan besar. Tetapi gaya hidup dan pola pemakanan kawan sangat
mempengaruhi tau. Jadi untuk mengelakkan perkara ini terjadi, ajaklah
kawan pergi bersenam ke, amalkan pola pemakanan sihat.
7. Makan Ketika Tertekan/Stres
Ketika stres, ada diantara kita lebih
gemar makan makanan manis untuk membantu hilang stres. So ketika
keinginan makan makanan manis tu datang ketika stres, alihkan fikiran
dengan melakukan aktiviti senaman ataupun tidur. Aktiviti senaman amat
baik untuk badan dan membuatkan fikiran anda lebih baik.
8. Kurangkan Pengambilan Karbohidrat
Tahu tak dengan pengambilan karbohidrat
secara berlebihan seperti mi, nasi putih dapat meningkatkan hormon
serotinin yang menyebabkan anda ingin makan lagi? Jadi gantikan
karbohidrat sederhana dengan karbohidrat kompleks seperti beras perang
atau oatmeal.
9. Terlalu banyak menonton televisyen
Ketika menonton televisyen, fikiran anda
lebih tertumpu di hadapan televisyen. Jadi anda lebih cenderung makan
makanan ringan semasa menonton televisyen kadang-kadang sampai
terlebih-lebih tanpa disedari.
10. Pinggan Yang Digunakan Bersaiz Besar
Pinggan besar, makin banyak makanan yang
boleh diisi. Bila banyak makanan boleh diisi, banyak lah yang kita
makan. Bila makan banyak, badan jadi gemuk. Simple kan? Maksud saya
simplekan cara untuk menjadi gemuk.
11. Pesan Combo Makanan
Biasanya menu combo di restoran lebih
murah dari harga makanan ala carte dan mempunyai bermacam side menu
tambahan. Tapi jangan lupa dengan menu combo tu, anda akan mengambil
lebih banyak kalori dan dah tentu jugaklah anda akan menghabiskannya
kerana tidak mahu membazir. Faham tak konsepnya disitu?
12. Minum Kordial
Jus dan kordial adalah merupakan jenis
minuman yang berbeza. Seperti tagline wanista : Dari Jus Dan Kordial
Sebenar. Minuman kordial biasanya mengandungi sedikit kandungan buah
asli tetapi pemanis buatan fruktosa yang tinggi berbanding jus buah
sebenar yang datangnya 100% dari buah sebenar. Jadi, pilihlah jus buah
sebenar ( boleh je blend sendiri kan ) kerana ia pasti kurang gula
buatan berbanding jus sebenar.
13. Makan Dengan Potongan Yang Besar
Seseorang yang makan dengan potongan
yang besar boleh menambah kalori di badan mereka sebanyak 50% berbanding
dengan mereka yang mengambil potongan kecil dan kunyah perlahan-lahan.
14. Malas Bersenam
Walaupun anda telah mengurangkan
pengambilan makanan ( diet lah katakan ), tetapi mungkin tidak dapat
mengecilkan bahagian pinggangmu yang berlemak tanpa senaman. Badan akan
lebih cepat berisi apabila anda malas bersenam. Banyak video senaman
mudah yang anda boleh lakukan di rumah yang terdapat di YouTube. Semua
dihujung jari.
15. Makan Lewat Malam
Mengikut kajian Journal Obesity,
seseorang yang makan selepas jam 8 malam akan mendapat lebih banyak
kalori. Jadi jika keinginan anda untuk makan tengah malam tu
membuak-buak, carilah makanan yang mempunyai kandungan gula dan lemak
yang rendah. Seperti susu rendah lemak, air masak, buah-buahan ke
ataupun roti oatmeal.
by
0 comments :
Post a Comment