Selalu orang sebut selulit di badan
hodoh, kulit macam limau tua dan lain-lain. Tapi tahu ke makna sebenar
selulit? Dan pernah tak anda periksa di badan anda ada selulit ke tidak?
Kaum wanita terutamanya sibuk nak hilangkan kedut muka, tapi bagaimana
dengan selulit di badan kita? Untuk pengetahuan anda semua, dianggarkan
hampir 90% wanita mempunyai masalah selulit. Tidak kira badan gemuk atau
kurus, semua tidak dapat lari dari masalah selulit.
Eh tak tahu apa itu selulit? Selulit ni
gumpalan lemak yang terdapat di bawah kulit. Jadi sel-sel lemak ini akan
menarik tisu di bawah kulit dan menyebabkan tekstur kulit anda jadi
menggerutu.
Selulit biasanya terjadi pada bahagian depan tubuh ( payudara, ketiak, perut dan lengan ), pungung, perut dan pinggang.
Faktor Selulit :
1. Kurang aktif dan merokok
Tabiat merokok akan menyebabkan kalenjar
hormon rosak. Jadi mereka yang mengalami kerosakan sistem hormon ini
memiliki hormon estrogen tinggi dan tiroid rendah akan lebih cenderung
menghadapi selulit.
2. Diet tidak teratur
Diet sebegini biasanya kekurangan
kandungan serat dan apabila tiada senaman dilakukan, apa yang dimakan
membentuk lemak. Seterusnya akan menyebabkan mengumpulan lemak dan
membentuk selulit.
3. Pakaian yang ketat
Pakaian yang terlalu ketat akan melambatkan pengaliran darah dan menyebabkan selulit walaupun bagi mereka yang kurus.
4. Faktor fizikal
Masalah ini terjadi bila ada perubahan
pada lapisan lemak di bawah kulit. Apabila perubahan ini berlaku, maka
berlakulah masalah selulit.
5. Duduk terlalu lama
Ini boleh menjadi pencetus selulit
ditambah bila anda duduk dalam keadaan yang salah. Contohnya apabila
anda duduk didalam keadaan membongkok dan kurang bergerak hingga sendi
tulang menjadi kaku seperti duduk di depan komputer terlalu lama.
6. Pengambilan kafein
Jangan tak tahu, minuman yang
mengandungi kafein merupakan salah satu sebab kenapa adalah selulit di
badan. Bukan tidak boleh minum langsung, tapi berpada-padalah.
Bagaimana Untuk Kurangkan Selulit?
1. Berjalan
Aktiviti paling mudah untuk semua orang.
Aktiviti kardiovaskular ini bukan saja membantu membakar kalori, malah
membantu membina otot di bahagian kaki dan belakang. Seseorang yang
berjalan laju dapat membakar kalori lebih dari 360kalori sejam.
2. Membengkok lutut
Latihan ini melibatkan otot belakang dan
peha. Jadi pastikan otot perut anda terlibat sekali dalam latihan
membengkok lutut ini untuk membantu menambah kesan dalam memerangi
selulit.
3. Squat thrusts
Latihan ini pula akan melibatkan otot perut, belakang, peha depan dan belakang.
4. Angkat kaki semasa meniarap
Semasa anda meniarap, cuba angkat kaki
kiri anda setinggi yang boleh. Pada masa ini lutut dan otot belakang
peha anda bekerja keras. Turunkan kaki perlahan-lahan dan ulang langkah
tersebut dan cuba buat pula pada kaki kanan anda.
5. Rawatan Cavitation Treatment ( CCT )
Rawatan yang boleh didapati di Skin
Culture ini menggunakan kaedah ultrasound dan berfungsi memecahkan
selulit dengan lebih berkesan tanpa menyakitkan badan dan selulitkan
boleh dikurangkan dalam masa yang pantas.
Makanan Untuk Mengurangkan Selulit :
1. Ikan: ikan yang berlemak dan makanan
yang mengandungi minyak ikan terdiri daripada pelbagai asid amino yang
bekerja untuk memperkukuh dan menguatkan sel-sel kulit. Sel-sel kulit
yang lebih diperkaya akan membawa tona yang lebih baik & tekstur
lebih bagus untuk kulit anda.
2. Kekacang: Tisu perantara di dalam
badan yang lemah adalah sebab UTAMA mengapa lekuk selulit mula muncul.
Kekacang boleh memperbaiki tisu badan.Selulit tidak lagi akan muncul dan
kulit menggerutu tidak lagi ada pada badan.Tambahan pula kacang adalah
salah satu daripada makanan harian yang baik untuk memberi rangsangan
yang amat besar kepada tisu penghubung anda.
3. Minum air putih dengan banyak. Sekali sekala minumlah minuman yang diperah dengan jus lemon.
4. Tambahkan makanan seperti sayur dan
makanan yang mempunyai kandungan serat yang tinggi kerana ia penting
untuk membentuk tisu badan yang baik.
by adida sue wanista
0 comments :
Post a Comment