Apa itu temuduga kerja? Secara
ringkasnya temuduga adalah satu sesi penilaian oleh panel temuduga untuk
memilih calon terbaik bagi tujuan lantikan ke sesuatu jawatan atau
kenaikan pangkat. Untuk mana-mana kerja sekalipun, pasti ada temuduga
tetapi yang bezanya cara temuduga dan juga tempat.
Oleh kerana temuduga adalah satu kaedah penilaian luaran dan mental, calon hendaklah membuat persiapan sewajarnya untuk meyakinkan panel penemuduga bahawa mereka adalah calon yang paling layak.
Apa sspek yang perlu diberi penekanan semasa ditemuduga? Sebenarnya ada 7 aspek utama yang perlu diberi penekanan iaitu :
Oleh kerana temuduga adalah satu kaedah penilaian luaran dan mental, calon hendaklah membuat persiapan sewajarnya untuk meyakinkan panel penemuduga bahawa mereka adalah calon yang paling layak.
Apa sspek yang perlu diberi penekanan semasa ditemuduga? Sebenarnya ada 7 aspek utama yang perlu diberi penekanan iaitu :
- Sahsiah diri
- kelayakan
- pengetahuan am dan hal ehwal tempat kerja
- Pengalaman kerja
- Kebolehan memimpin
- Kebolehan berkomunikasi dengan baik
- Kesesuaian untuk menjawat sesuatu jawatan ataujawatan yang lebih tinggi
Ada yang bertanya, perlu persediaan ke
sebelum ditemuduga? Jawapannya, mestilah. Antara beberapa perkara yang
anda boleh lakukan sebelum menghadiri temuduga adalah :
- Membuat rujukan dan kajian melalui laman web dan bahan-bahan rujukan mengenai jawatan yang dipohon.
- Mengemaskini pengetahuan mengenai tempat kerja yang dipohon dan pengetahuan am semasa.
- Mendapatkan panduan dan khidmat nasihat daripada rakan ataupun mereka yang berpengalaman serta berpengetahuan. Berkeyakinan dan tidak gemuruh.
- Membuat latihan temuduga (mock interview) bersama rakan jika perlu.
- Mendapatkan maklumat awal mengenai lokasi dan tempat temuduga.
- Beranggapan temuduga adalah satu proses biasa dan perlu dilalui oleh semua individu.
- Berdoa untuk kejayaan.
- Pastikan dokumen-dokumen berikut disusun dengan kemas dan teratur sebaik-baiknya dalam folder yang lut sinar (transparent).
Sebenarnya semasa temuduga ada banyak
perkara yang perlu dititikberatkan. Kadang-kadang benda yang bagi kita
nampak simple, merupakan benda yang besar di mata penemuduga yang itu
juga mungkin menjadi faktor kita gagal dalam temuduga. Contohnya seperti
datang lambat ke sesi temuduga, terlalu yakin, pakaian tak sesuai dan
juga bahasa yang digunakan semasa temuduga tidak bersesuaian.
Ada beberapa perkara yang anda boleh lakukan sebelum temuduga seperti :
- Baju hendaklah digosok dengan rapi dan juga bagi wanita, jangan pakai pakaian yang menjolok mata.
- Berpakaian kemas dan bersesuaian dengan posisi yang anda pohon.
- Duduk dengan tertib semasa temuduga. Jangan duduk terkangkang pula dan posisi badan hendaklah lurus dan tegak.
- Menjawab soalan yang ditanya dengan yakin walaupun anda ragu-ragu dengan jawapan anda.
- Memohon maaf sekiranya tidak jelas dan minta ulang soalan dengan tertib. Jika anda tidak tahu menjawab soalan, jawab dengan jujur anda tidak tahu menjawab soalan itu ( jika soalan fakta ) tetapi beritahu penemuduga anda boleh belajar dan ingin belajar mengenainya.
- Menggunakan Bahasa Malaysia standard / bahasa Inggeris standard. Kalau boleh elakkan bahasa campur-campur.
- Menggunakan intonasi yang sesuai
- Menggunakan gerak badan (non- verbal communication) yang sesuai
- Memandang ke arah panel semasa menjawab soalan
- Sentiasa senyum dan ceria. Walaupun anda sakit atau ada masalah peribadi, penemuduga tak tahu anda menghadapi masalah itu dan mungkin tidak mahu tahu. Jadi perlu berlakon sedikit nampak gembira dan tunjuk gerak badan yang menampakkan anda bersungguh untuk mendapat kerja itu.
Ada beberapa perkara yang tidak boleh anda lakukan sebelum temuduga seperti :
- Berseluar jeans atau berseluar ketat bagi lelaki, bagi wanita, memakai pakaian yang menjolok mata
- Mengenakan pakaian yang jarang dan nipis.
- Memakai sandal atau kasut sukan.
- Duduk bersilang panggung dan menggoyangkan kaki semasa temuduga. Itu menunjukkan anda gugup, tidak selesa dan seolah-olah tidak hormat pada penemuduga.
- Berbohong. Jangan sesekali berbohong terutamanya mengenai pengalaman kerja, akademik dan juga mengenai hal peribadi anda.
- Memotong percakapan panel
- Memberi jawapan yang meleret- leret dan tidak relevan dengan soalan yang ditanya.
- Menggunakan dialek daerah. Ini sering dilakukan secara tidak sengaja oleh calon dan sila praktis penggunaan bahasa yang betul.
- Menjawab soalan dengan menyentuh perkara-perkara yang sensitif dan berbaur politik ketika ditanya.
- Bersikap agresif
- Mengutuk atau menghina individutertentu
- Bercakap terlampau laju
- Menuding jari kepada panel
- Memandang ke arah lain
0 comments :
Post a Comment