Kisah Seorang Bapa Meminta Gambar Arwah Anaknya Diedit
| Ini merupakan satu cerita benar yang sangat menyedihkan. Kisah ini
menjadi teladan kepada semua umat manusia di atas dunia ini bahawa
betapa baiknya mereka yang prihatin ini. Seorang bapa meminta gambar
arwah anaknya diedit.
Seorang bapa, Nathan Steffel kepada
seorang bayi, Sophia telah meminta kepada orang ramai untuk mengedit
gambar anak perempuannya itu supaya dapat melihat wajah anak
perempuannya tanpa medical tubing. Anak perempuan kepada Nathan Steffel
ini sudah meninggal dunia dan sejak lahir lagi Sophia hanya berada di
hospital ditemani dengan tiub tiub pernafasan. Oleh sebab Nathan
teringin sangat tengok arwah anaknya itu tidak memakai tiub, dia meminta
kepada orang ramai yang reti bab mengedit gambar untuk edit gambar
arwah anaknya. Dibawah ni gambar Sophia yang diedit oleh beberapa orang
yang sangat baik hati. Ada juga beberapa gambar yang dilukis oleh para
pelukis diluar sana.
Inilah gambar Sophia yang telah di edit.
Walaupun, bapanya, Nathan Steffel tak dapat melihat anaknya membesar
dengan sihat, tetapi dia bersyukur sebab dapat melihat gambar gambar
anaknya tanpa tiub penafasan. Seorang bapa meminta gambar arwah anaknya
diedit.
0 comments :
Post a Comment