Hidup Seorang Jutawan Muda Di Thailand (Menarik!) | Sebelum ini, KisahBest.My pernah berkongsi dengan anda tentang kisah seorang jutawan di negara arab (LINK). Kali ini kita akan bercerita tentang hidup susah payah seorang lelaki yang kini bergelar jutawan muda di Thailand. Walaupun dirinya kini hidup penuh dengan kekayaan,
namun ia bukanlah bermula dengan kesenangan. Pemuda ini terpaksa
melalui detik sukar dan sering mengalami kerugian semasa menjalankan
perniagaannya.
Top Ittipat merupakan seorang pelajar
bermasalah di sebuah sekolah di Thailand. Top sering dibandingkan oleh
cikgunya dengan abang serta kakak nya yang jauh lebih baik daripada Top
ketika berada di bangku sekolah sepertinya.
Seperti remaja lain seusia dengannya, Top sangat suka bermain game online. Disebabkan hobinya itu, Top sering mengabaikan pelajarannya dan dia juga tidak pernah memikirkan masa depan hidupnya sendiri.
Ketika bermain game online, Top mula
mendapatkan duit pertamanya sendiri dengan menjual senjata didalam game
tersebut dengan transaksi duit sebenar.
Dengan bisnes “weapon trading” dalam game online ini, Top berjaya mengumpulkan sebanyak 1 juta Baht dan kemudiannya dia membelanjakan duit tersebut untuk membeli sebuah kereta pada harga 600 Baht.
Tetapi malangnya, urus niaga yang berlaku
dalam game online tersebut terbongkar dan disenaraikan sebagai tidak
sah, akibatnya Top diharamkan daripada terus bermain game online
tersebut.
Dalam masa yang sama, peniagaan kedua ibu bapa Top menghadapi masalah kewangan yang teruk. Top sendiri tidak berjaya melanjutkan pelajaran ke Universiti Awam kerana keputusan peperiksaan yang teruk dan dia terpaksa belajar di Universiti Swasta dengan yuran yang sangat mahal.
Untuk mendapatkan duit bagi menampung
yuran dan perbelanjaannya di Universiti kelak, Top menjalankan bisnes
menjual DVD Player dengan menggunakan duit baki bisnes game online
sebagai modal.
Malangnya, DVD Player yang ingin dijual tersebut gagal kerana Top ditipu oleh penjual DVD Player cetak rompak tersebut. DVD Player tersebut merupakan barangan palsu buatan China dan mudah rosak.
Akhirnya Top mula menyedari kesilapannya
mengabaikan pelajaran sewaktu di bangku sekolah dahulu. Tetapi dia tidak
pernah putus asa. Dia menjadi semakin bersemangat dan mula memikirkan
idea baru untuk bisnesnya yang akan datang.
Top kemudiannya memulakan perniagaan menjual kacang rebus setelah menyewa sebuah mesin pemproses kacang rebus daripada sebuah syarikat yang berpangkalan di negara Jepun.
Top mulakan dengan belajar cara membuat
kacang rebus di sekitar pasar tani dan kemudian mengaplikasikannya
sendiri di dapur rumahnya menggunakan mesin yang telah disewanya tadi.
Akhirnya Top berjaya menghasilkan kacang rebus yang sangat sedap dan
disukai oleh setiap orang yang merasa kacang tersebut.
Dengan bantuan daripada pakcik nya, Top
mula menyewa tapak perniagaan di sebuah shopping mall berdekatan
rumahnya. Pada awalnya perniagaan di mall tersebut tidak memberikan
pulangan yang memberangsankan sehinggalah Top bertindak menukar lokasi
perniagaan nya ke tempat yang lebih strategik iaitu di hadapan pintu masuk shopping mall tersebut.
Sambutan yang diterima selepas itu sangat
memberangsankan dan disebabkan ini Top mencongak untuk meluaskan lagi
perniagaan nya dengan menyewa lebih banyak mesin pemproses dan
menggajikan pekerja untuk mengendalikan gerainya yang lain.
Kejayaan kacang rebus Top ini tidak berpanjangan apabila pihak atasan shopping mall tersebut membatalkan kontrak semua gerai milik Top kerana asap yang terhasil daripada mesin miliknya merosakkan bumbung mall tersebut dan mengganggu perniagaan lain yang ada di situ.
Top berasa sangat sedih dan kecewa. Pada
waktu itu Ibu Bapa Top mengajaknya untuk berpindah ke China kerana
bebanan hutang yang terpaksa ditanggung oleh syarikat bapanya semakin
tidak terkawal.
Top berkeras mahu tinggal terus di
Thailand dan menolak pelawaan ibu bapanya untuk bersama-sama mereka
tinggal di China dengan abang dan kakaknya di sana. Dia mahu mencuba
satu lagi bisnes untuk melangsaikan hutang keluarganya yang ketika itu
mencecah angka 40juta Baht.
Daripada perniagaan kacang rebus, Top beralih kepada perniagaan rumpai laut
pula. Idea untuk menjual rumpai laut ini bermula ketika bekas
kekasihnya memberikan Top snek rumpai laut untuk meredakan kesedihannya
pada waktu itu.
Bermacam usaha dilakukan oleh Top untuk
menjayakan bisnes rumpai lautnya pada kali ini. Bermula dengan modal 100
ribu Baht, Top memborong sebanyak mungkin rumpai laut mentah dan pakcik
nya pula akan mencuba sendiri untuk memasak rumpai laut tersebut.
Top juga turut belajar cara untuk mengawet rumpai laut tersebut supaya lebih tahan lama dan tidak mudah rosak. Ketika itu Top juga terfikir untuk meletakkan produk buatannya itu di kedai-kedai milik 7 Eleven
yang ada di serata Thailand ketika itu. Disebabkan standard tinggi 7
Eleven, usaha Top untuk menjual produknya di setiap rangkaian kedai 7
Eleven amatlah sukar.
Dia tidak mempunyai tenaga kerja yang
banyak dan dapur rumahnya merupakan kilang dia menghasilkan snek rumpai
lautnya. Top tidak mahu segala usaha dan penat lelahnya menjadi sia-sia
sahaja. Akhirnya Top mencuba sedaya upaya untuk membuka sebuah kilang pemproses menggunakan kedai peninggalan bapanya yang sudah tidak digunakan lagi
dan mengupah beberapa orang pekerja untuk menghasilkan 72,000 bungkus
snek rumpai laut untuk dipasarkan di 7 Eleven mengikut tempoh waktu yang
ditetapkan.
Top akhirnya berjaya memenuhi permintaan 7
Eleven dan produknya dipasarkan di 3000 buah kedai 7 Eleven di seluruh
Thailand dan kemudiannya semakin berkembang sehinggalah kini kita di
Malaysia juga boleh merasai Tao Kae Noi yang dihasilkannya.
Pada usia 26 tahun, Top berjaya membayar semula kesemua hutang keluarganya dan memiliki perniagaan yang maju dan kukuh. Dia juga dinobatkan sebagai billionaire muda Thailand.
0 comments :
Post a Comment