Cara Kenali Barangan Israel Melalui ‘Barcode’ | Jom Boikot
| Ramai yang bertanya, selain dari McDonalds dan Starbucks, apa lagi
produk barangan negara Israel yang boleh diboikot. Al maklum la, Israel
kan antara kuasa ekonomi dunia terbesar. Sebelum kami dedahkan cara
kenali barangan Israel, renungkan tulisan bekas Mufti Perlis Dr Asri
Zainul Abidin di akaun Facebook beliau.
“Orang yang menyatakan boikot produk Israel itu satu kebodohan dialah yang bodoh dan menjadi jurucakap Netanyahu.”
“Para pembela zionist termasuk yang
ada di Malaysia ini gagal membeza antara ‘memboikot product Israel dan
yang menyumbang kepada Israel’ dengan product orang yahudi. Kita tidak
anti setiap individu yahudi sebagai satu bangsa tapi kita menentang
Israel atas segala kejahatannya.”
Oleh itu bagaimana untuk kita mengenali
produk keluaran Israel, Yahudi laknatullah tersebut. Rahsianya boleh
diketahui melalui kodbar yang terdapat pada sesuatu produk. Tiga digit
pertama kodbar yang terdapat pada sesuatu produk adalah merujuk kepada
tempat produk/company didaftarkan.
Kalau produk didaftarkan di Malaysia, 3 gigit pertama kodbar ialah 955 seperti keratan di bawah.
Sekiranya ia produk Israel atau didaftar di Israel, kodbarnya ialah 729.
Sekiranya merasa sedikit
bertanggungjawab untuk secebis sumbangan untuk kesengsaraan rakyat
Palestin yang dilakukan Israel seperti disaran Dr Asri, belek-beleklah
kodbar tersebut dan ingat dengan nombor 729, ingat juga, walau sebesar
zahrah sumbangan yang diberikan tetap dikira-Nya. Sebarkan kepada
kawan-kawan yang lain.
Rujukan tentang kodbar tersebut boleh dibuat di www.gs1.org/barcodes/support/prefix_list
thanks infonya,akan selalu di perhatikan
ReplyDelete