4 GAMBAR Mayat Wanita Mengandung Disumbat Dalam Beg Pakaian
| MAYAT seorang perempuan dipercayai warga asing dalam lingkungan umur
20-an ditemui mati dibunuh dengan kejam sebelum disumbat ke dalam beg
pakaian dan dicampak ke longkang di Taman Jaya, Gemas Negeri Sembilan.
Hasil pemeriksaan awal yang dijalankan, mangsa didapati mengandung dan
punca kejadian sedang disiasat. Mayat telah dibawa ke Hospital Tuanku
Jaafar Seremban untuk bedah siasat.
“Beg berkenaan merupakan beg melancong
dengan saiz kira-kira dua kaki. Beg berkenaan dikunci dengan sebuah
‘mangga’, berzip dan diikat dengan tali. Berdasarkan penelitian awal,
mayat tidak mempunyai suntikan imunisasi BCG (Bacillus Calmette Guerin).
Malah, terdapat kesan luka di bahagian dahi sepanjang enam sentimeter
dipercayai disebabkan hentakan kuat oleh senjata tumpul,” katanya ketika
ditemui di lokasi kejadian, dekat sini, hari ini.
Menurutnya lagi, terdapat beberapa helai
baju ditemui di dalam beg berkenaan dan mayat berkenaan juga lengkap
berkaian t-shirt bergambar Mickey Mouse serta berseluar berwarna biru.
“Kita tidak menjumpai sebarang dokumen
pengenalan diri dan kita jangka mangsa mati tidak lebih 48jam
berdasarkan keadaan mayat. Bagaimanapun, punca kematian masih dalam
siasatan dan mayat akan di hantar ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) di
Seremban bagi proses bedah siasat. Buat masa ini, kita seru kepada
mana-mana pihak yang kehilangan ahli keluarga atau kenalan untuk tampil
kehadapan bagi proses pengecaman mayat. Kes ini disiasat di bawah
Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.”, tambah jurucakap polis.
sadis benar
ReplyDelete