loading...

Anda Peminat Teh? Ini 6 Kafe Sekitar Lembah Klang Paling Terbaik

Tidak semua menggemari kopi, ada yang lebih tertumpu kepada teh. Jadi, di mana agaknya tempat terbaik boleh anda nikmati senawan teh bersama manisan dengan rekaan hiasan dalaman kafe yang menenangkan di Lembah Klang ini? Anda ada idea? Ini antara 6 buah kafe yang boleh anda cuba untuk merasai keenakan dan wangian teh dari sesebuah negara.
10898281_855452647850829_8465238244535404325_n
1. Caffe Crema Coffee & Tea - Ini adalah kafe yang baru dan apa yang menarik di sini adalah anda dapat merasai pengalaman minum teh. Caffe Crema menyajikan teh organik wangi yang diimport dalam pelbagai perisa, air panas mendidih disajikan dalam teko bersama-sama dengan daun teh di dalamnya, serta pemasa untuk mengukur masa teh siap.
E-01-02, Block E, Plaza Mont Kiara, 2 Jalan Kiara, Mont Kiara, Kuala Lumpur
Tel: 03-6206 2237
Gambar - su-yee.blogspot.com
Gambar – su-yee.blogspot.com
2. The Brew Culture - Terletak di Plaza Damas 3, Budaya Brew adalah sebuah kafe yang menarik menghidangkan kopi istimewa dari asal-usul yang berbeza. Selain kopi, The Brew Culture juga popular dengan pelbagai jenis teh seperti teh bunga dan buah-buahan. Paling best ialah Peach Fruit Tea yang menjadi best seller.
B-01-06 Plaza Damas 3, Jalan Sri Hartamas 1, 50480 Kuala Lumpur
Tel: 03-2857 0181
Gambar - www.thatlastslice.com
Gambar – www.thatlastslice.com
3. The Tea Republic – Jika kalian merupakan penggemar teh di sinilah tempatnya. Menariknya The Tea Republic anda boleh merasai keenakan teh yang diimport dari Sri Lanka, Jerman, Afrika Utara, Cina dan juga Taiwan. Antara teh yang boleh anda pesan ialah Coral Sunset, Ceylon Breakfast, White Diamond, Emeral Mint, Ruby Red dan macam-macam lagi.
The Tea Republic, S123, 2nd Floor, Bangsar Shopping Centre, KL
03-2011 1320
Gambar - www.themalaymailonline.com
Gambar – www.themalaymailonline.com
4. Exhibit Cafe & Lifestyle Store - Apa yang menarik di Exhibit Cafe & Lifestyle Store ialah konsep hiasan dalaman yang ringkas dengan penggunaan perabot moden – rekaan minimalis yang sungguh comel. Di sini menawarkan teh dari Harney & Sons, yang merupakan New York-based master tea blender – tawarkan teh berkualiti tinggi dan dijamin sedap.
86A, Jalan Burhanuddin Helmi, Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur, 60000
Tel: 03-77313311
Gambar - talesofamum.wordpress.com
Gambar – talesofamum.wordpress.com
5. Miss Ellie Tea House - Sambil minum secawan teh gourmet, anda boleh menikmati hidangan sampingan seperti kek, manisan, scon yang kesemuanya enak. Teh dari Miss Ellie Tea House kesemuanya dari The Good Tea Company, yang popular dengan campuran Darjeeling dan Assam.
7, Jalan H3, Taman Melawati, Setapak, Kuala Lumpur
Tel: 03-41620113
Gambar - saimnicy.blogspot.com
Gambar – saimnicy.blogspot.com
6. Hot Shots Coffee & Tea – Hot Shots Coffee & Tea adalah salad satu daripada banyak cafe yang tarletak di kawasan Solaris Dutamas. Bagi mereka yang tidak minum kopi, di sini menawarkan teh halus dari teapigs, sebuah syarikat teh yang berpangkalan di UK.
A2-UG1-07 Solaris Dutamas, 50480 Kuala Lumpur
Tel: 1300-888-138 or 03-62064316

0 comments :

Post a Comment

loading...