loading...

Racun Berbisa Di Sebalik Nikmat Kopi Sachet

bahaya kopi sachet women online magazine Racun Berbisa Di Sebalik Nikmat Kopi Sachet
( Gambar ini hanyalah sebagai hiasan sahaja )
Kopi! Sudah pasti ramai yang menggemari kenikmatannya. Malahan, minuman ini sering dijadikan pendamping sarapan pagi.
Di samping itu, kita jarang mengamati kebaikan dan efek negatif kopi bagi kesihatan. Apa yang kita tahu, selepas minum kopi badan terasa lebih segar dan rasa mengantuk pun hilang.
Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, terdapa 40 jenis minuman segera dijual di pasaran telah dikesan mengandungi bahan beracun dan kimia seperti Sildenafil, Tadalafil, Verdabafil dan Sibutramine yang boleh membawa maut jika diambil tanpa pengawasan doktor.
Produk tersebut didapati dicampuri bahan racun berjadual yang digunakan sebagai perangsang  seks dan bahan pelangsing. Kebanyakan produk haram itu dijual secara terbuka oleh peniaga warga asing dan kebanyakan dibungkus di kilang-kilang haram di negara kita
Penggunaan bahan peransang seks seperti Sildenafil, Tadalafil dan Verdabafil membawa kesan sampingan yang serius seperti tekanan darah rendah dan pengguna yang mengambilnya akan berasa pening dan pengsan.
Manakala penggunaan bahan pelangsing seperti Sibutramine pula boleh menyebabkan kesan kepada saraf otak serta menyerang organ badan lain sehingga mengakibatkan pengguna mengalami masalah mental dan psikosis.
Sekiranya ia bercampur dengan bahan nitrat yang ada dalam ubatan lain, ia boleh menyebabkan kesan kardiovaskular atau serangan jantung serta masalah buah pinggang.
Penting! Cara mengesan produk minuman dicampur racun.
Minuman yang sudah dicampur racun dan bahan kimia dapat dikesan daripada segi harga jualannya yang tinggi, iaitu RM5 sepaket berbanding produk asli yang hanya dijual pada harga sekitar RM1 hingga RM1.50 sepaket.
Selain itu, paketnya ada imej erotik seperti gambar wanita seksi seolah-olah mempromosi kekuatan seksual atau kaedah melangsingkan badan dengan cara mudah dan pantas.
Berikut adalah senarai kopi beracun. Ia sudah diuji oleh Bahagian Penguatkuasaan Farmasi Kementerian Kesihatan dan dikenalpasti dicampur dengan bahan terlarang :
Cafe Abang Yes, Candi Gold, Candy 193, Extend Up Energy Drink, Extremen, Extrewomen,. Goji Guarana, Goji Guarana Extra, Goji More, Goji Yumberry, Guara Cafe, HBW Ice Lemon Tea, Hotton Vitality Candy, Ie2 O, King Cappucino, Knight Cofee, Kolek Cafe Power Plus, Kopi Angguk, Kopi Asmara, Kopi Bagus AAA, Kopi Campuran Kedai Kopi Ali Bagus, Kopi Pahlawan, Kopi Super Angguk, Kopi Tenaga Tok Lebai Plus, Maca Max, Macagin Ginseng Candy, Mentalk Candy, Nexus MXP, Night Cafe, Red Energizer Candy For Men, Royal Beverage Maqrifatun, sasanergy Drink, Trica Jus, Tri-Max, True SR, vigor Candy, Vitca-F, Vitca-M, Winnie Beauty V1, XKL Sky Fruit Juice Premix.
Dengan adanya  senarai ini, para penggemar kopi bolehlah menjadikannya sebagai rujukan bagi mengelakkan kita daripada terus menikmati air kopi mengandungi racun berbahaya !
Sumber: WOM

0 comments :

Post a Comment

loading...