loading...

8 Teknik Urus Kehidupan Selepas Kahwin

8 Teknik Urus Kehidupan Selepas Kahwin women online magazine 8 Teknik Urus Kehidupan Selepas Kahwin  (Gambar ini hanya sebagai hiasan sahaja)
Pasti anda nak tahu kehidupan selepas kahwin dan teknik menguruskan kewangan secara berkesan..
Umumnya, perkahwinan menuntut komitmen yang tinggi dan pelbagai cabaran akan dilalui. Kehidupan selepas kahwin banyak perlu dititikberatkan terutamanya adalah dari segi perbelanjaan untuk rumah tangga.
Pengurusan kewangan bukan hanya perlu dilakukan sebelum perkahwinan, ia juga perlu dilakukan dan dirancang dengan bijak untuk mengurangkan masalah kewangan kita.
Berikut adalah langkah pengurusan kewangan yang bijak selepas berkahwin :
1. Berwaspada Ketika Berbelanja
Anda dan pasangan anda hendaklah tahu kedudukan kewangan anda sebelum berbelanja. Umumnya, wanita lebih arif tentang keperluan di rumah berbanding lelaki, ia secara tidak langsung akan mendedahkan wanita kepada berbelanja lebih daripada kemampuan mereka.
Belilah keperluan rumah,contohnya perabot, secara berperingkat dan utamakan yang penting dahulu.
2. Rujuk Orang Berpengalaman
Rujuklah daripada buku-buku yang berunsurkan pengurusan kewangan, majalah mahupun orang yang mempunyai pengalaman berkahwin terlebih dahulu daipada kita, seperti ibu bapa,adik beradik ataupun sahabat handai kita.
Anda hendaklah meminta pandangan daripada orang yang arif tentang kewangan, bukannya daripada orang yang hanya pandai berbelanja mewah dan bersikap boros kerana pasti tak ubah seperti ketam mengajar anaknya berjalan.
3. Tetapkan Matlamat selepas berkahwin
Lumrah selepas berkahwin, setiap pasangan akan merancang untuk mengumpul dan mempunyai aset mereka sendiri seperti rumah, tanah, kereta dan lain-lain lagi untuk memulakan hidup berkeluarga yang baru.
Tetapkan matlamat anda untuk jangka masa pendek dan panjang. Pihak lelaki mempunyai tanggungjawab lebih sebelum berkahwin kerana mereka perlu meyediakan segala-galanya selepas berkahwin.
4. Agihkan Pendapatan
Setelah mengetahui jumlah pendapatan masing-masing, anda boleh mengagihkan perbelanjaan bulanan mengikut keutamaan. Utamakan keperluan yang penting, seperti keperluan asas, keperluan harian dan bil-bil.
Belilah barang-barang kehendak seperti perabot, perhiasan dalaman dan peralatan elektrik jika benar-benar perlu. Agihan untuk simpanan juga perlu dilakukan untuk bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan.
Pelaburan jangka panjang juga disarankan perlu dirancang untuk kesenangan pada masa depan.
5. Rekod Perbelanjaan
Ramai pasangan mampu membuat pelan pekahwinan dengan baik, tetapi tidak ramai yang mampu melakukan rekod perbelanjaan dengan baik dan konsisten.
Rekod perbelanjaan penting kerana anda boleh menilai rekod perbelanjaan anda dan pasangan anda, sama ada ia mengikut perancangan yang ditetapkan atau melebihi dari jangkaan anda.
6. Kerap Berbincang Bersama
Berbincang suami isteri berfungsi untuk memastikan suami atau isteri mengikut pelan perancangan yang dilakukan dan memastikan perbelanjaan menjadi tidak berat sebelah. Ia bukan hanya akan menolong anda menetapkan kedudukan kewangan keluarga, namun juga mengeratkan hubungan suami isteri sebagai satu pasukan .
Komunikasi yang terjalin dalam mesyuarat akan membina kepercayaan suami isteri serta menolong masing- masing agar berhenti bimbang tentang wang . Dicadangkan agar perbincangan kerap diadakan supaya segala permasalahan dapat dihadapi.
7. Keluar daripada Bebanan Hutang
Ini adalah titik kritikal di dalam pelan pengurusan kewangan, khususnya selepas berkahwin. Sedangkan sebuah institusi syarikat yang besar juga oleh jatuh dengan hutang.
Bincang dan tentukan bagaimana cara untuk melangsaikan hutang anda, seperti hutang rumah dan kereta. Seelok-eloknya hendaklah dibayar secara berperingkat-peringkat dan konsisten.
8. Kumpul Duit Lebihan
Ramai yang menganggap bahawa duit baki syiling yang kita dapat apabila membeli barang dapur atau barang keperluan kurang membawa faedah kepada kita. Bak kata peribahasa Melayu, “sikit-sikit lama-lama jadi bukit.
Jika anda kumpul dengannya melalui menabung, tidak mustahil ia akan mencecah sehingga ratusan ringgit. Mungkin ia sesuai digunakan semasa kecemasan tau kemalangan yang tak diduga.
Kesimpulan
Perkukuhkan sumber kewangan untuk kehidupan selepas kahwin supaya anda lebih bahagia dan harmoni tanpa hutang yang banyak. Anda dan pasangan hendaklah pandai menguruskan kewangan dengan bijak kerana ia adalah untuk masa depan yang lebih selamat.
Jangan pentingkan gaya hidup yang mewah jika anda tidak berkemampuan kerana Ia akan member kesan negative pada anda untuk jangka panjang. Bak kata pepatah, “ukurlah baju di badan sendiri” ketika berbelanja.
Jika anda dapat menguruskan kewangan anda dan pasangan anda dengan baik, sekaligus anda dapat menjaga keharmonian keluarga anda, mendapat keberkatan dan menstabilkan ekonomi keluarga anda.

WOM

0 comments :

Post a Comment

loading...