loading...

Cara Berkesan Mengubati Bayi Selsema


Bayi Selsema Women Online Magazine Cara Berkesan Mengubati Bayi Selsema
Jangkitan selsema sering menyerang bayi. Biasanya selsema akan disusuli dengan masalah batuk dan kahak. Pastinya jangkitan ini akan membimbangkan para ibu bapa. Bayi yang selsema biasanya sukar bernafas kerana hidung mereka dipenuhi lendir hingus.
Ia akan mendatangkan bahaya apabila ubat-ubatan yang diberikan oleh doctor mengandungi antihistamine iaitu kesan mengantuk. Apabila bayi yang selsema diberikan ubat ini, bayi akan tidur lebih lama dan ini lebih membahayakan bayi tersebut.Ketika tidur, kadar pernafasan bayi yang selsema akan berkurang dan menyebabkan kepekatan oksigen dalam darah turut berkurang seterusnya menyebabkan jantung bayi selsema berhenti dan berisiko meninggal dunia.
Petua Bayi Selsema
  • Sapukan sedikit ibu kunyit di batang hidung bayi. Jika boleh, lakukan sekerap mungkin.
  • Elakkan memberi sebarang makanan yang berminyak kepada bayi selsema.
  • Ambil sedikit daun kaduk, hancurkan dan campur sedikit sahaja kapur makan menggunakan hujung jari kelingking anda. Tambahkan sesudu air jika perlu dan ramas-ramaskan campuran tadi dan sapukan di bahagian dada dan belakang bayi semasa bayi sedang tidur.
  • Sebolehnya elakkan membasah kepala bayi sewaktu mandi.
  • Pemakaikan topi untuk mengelakkan ubun-ubun bayi sejuk.
  • Sediakan sup ayam atau sayur untuk bayi anda.
  • Sapukan Vikcs di bahagian dada, belakang dan hidung bayi.
  • Sapukan minyak telon selepas mandi dibahagian ubun-ubun dan juga tapak kaki bayi.
Tips Elakkan Jangkitan Selsema
  • Sentiasa bersihkan tangan anda sekerap mungkin. Ini membantu membunuh kuman yang boleh menyebabkan common cold dan menjangkiti anda dan bayi.
  • Sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga apabila bayi anda diserang penyakit. Bawa dan dapatkan nasihat daripada doktor.
  • Bersihkan alat permainan bayi anda untuk membunuh kuman dengan disinfectant seperti Detol.
  • Influenza vaksin boleh diberikan. Hanya hospital tertentu sahaja yang mempunyai vaksin ini.
Sumber: Wom , Kredit foto: bhmpics

0 comments :

Post a Comment

loading...